Khamis, Disember 25, 2014

Heh! Kalau sekali tengok, macam 'Humanitarian' sangat Si Menteri Besar Selangor yang baru ni sampai tahap sanggup terjun ke dalam longkang nak membersihkan kawasan KONOnya.

Kita ingatkan dia ni seorang yang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat sehingga tahap itu yang mampu dilakukan sebagai seorang pemimpin. Tapi rupanya, itu semua wayang belaka.

Hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu hanya seorang pelakon handalan yang cuma 'POYO' nak digelar sebagai 'Jokowi Selangor'. Keprihatinan dia hanya sekadar untuk menunjuk - nunjuk.

Dalam keadaan orang lain sedang dilanda bencana diserata pelusuk Negara, Si Menteri Besar Selangor ni dengan muka tak malunya mengajak rakyat "Berpesta" di Shah Alam.

Pesta yang dianjurkan oleh Rejim Pakatan Selangor tu menggunakan alasan untuk menjadikan Shah Alam sebagai 'Kota Seni dan Budaya' menjelang tahun baru 2015.

Dari komen yang diberikan, banyak pertunjukkan yang akan diadakan pada malam tersebut termasuk persembahan dari Yassin dan Faizal Tahir. Tak bertimbang rasa sungguh diorang ni rupanya.
Mungkin ada betul jugak kata sahabat blogger Cucu Tok Selampit dalam artikel yang disiarkan lewat malam semalam. Malu orang Selangor dapat Menteri Besar yang perangai hodoh macam ni.

Persoalan yang dibangkitkan juga memang ada betulnya. Tak de sifat kemanusiaan ke Si Menteri Besar Selangor ni sampai tahap dia nak ajak semua orang berpesta dalam kebasahan?
"Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?" soal beliau lagi.
Tapi, apa boleh buat. Dah memang perangai Menteri Besar Selangor yang baru tu tak senonoh. Sedangkan sebelum ini pun dia sanggup mengkhianati Presiden parti dia sendiri. Jadi, mana mungkin dia ada sifat kemanusiaan dan bertimbang rasa dengan nasib yang menimpa orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping