Ahad, Disember 21, 2014

MB Selangor ni memang suka benda kotor!!! Demikian yang dinyatakan oleh seorang sahabat yang juga merupakan salah seorang penyokong kuat kepada Pakatan Haramjadah tu sebelum ini. Dia pun jelas kecewa dengan Si Menteri Besar Selangor tu.

Jika diperhatikan, memang ada betul jugak kata sahabat tu. Sejak akhir - akhir ni, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu memang suka pada benda - benda kotor semenjak dia jejak kaki ke pejabat SUK Selangor. Memang itu tumpuan yang diberikan.

Tapi, kalau setakat nak memastikan sampah dikutip dan longkang dibersihkan, kita boleh terima lagi. Kedua - dua perkara tu memang penting dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat jika ianya tidak dapat dikawal.

Kalau longkang tak bersih, boleh akibatkan banjir. Kalau sampah tak kutip, nanti busuk pulak Negeri Selangor tu dibuatnya. Jadi, boleh terima akal la jugak kenapa Si Menteri Besar Selangor tu taksub sangat dengan dua perkara tu.

Tinggal lagi, ketaksuban dia terhadap projek Ladang Babi Terbesar di Asia ni pulak yang menjadi tanda tanya. Kenapa benda kotor ni pulak yang dia suka sedangkan dua perkara tadi dia tak suka? Babi ni pun kotor jugak sifatnya.

Kalau nak dibandingkan kotornya Babi ni dengan sampah atau pun longkang, rasanya Babi tu lagi mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Maka sebab itu ianya diharamkan dalam Islam. Takkan itu pun Si Menteri Besar Selangor tu tak tau?

Mustahil bagi seorang pemimpin Melayu Islam seperti Si Menteri Besar Selangor tu sendiri tidak tahu mengenai hukum - hukum yang termaktub dalam agama Islam membuat larangan terhadap Babi secara jelas, terang dan nyata?

Atau mungkin Si Menteri Besar Selangor tu tau, cuma dia sengaja buat - buat tak tahu je demi untuk memenuhi kepentingan Politik diri dia sendiri. Yang itu kita tak pasti la pulak ye tak. 

Apa yang pasti, itulah hakikatnya. Yang jelas, projek pembinaan ladang Babi itu memang ditentang oleh rakyat di Selangor. Jika perkara itu tidak dipandang berat oleh Menteri Besar Selangor tu, maka ianya membuktikan yang dia tidak layak untuk memimpin.

Dia jels tidak mempedulikan suara rakyat yang membuat bantahan terhadap pembinaan projek tersebut dan ianya perlu dibatalkan serta merta. Kalau tidak, baik dia letak jawatan je. Kalau setakat nak jadi Menteri Besar yang Pengotor, jangan nak menyusahkan rakyat pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sape kata dia islam? Nama memang maca islam, tapi cara hidup dia macam bukan islam pun..Kalau mati kubur pun tak boleh campur dengan kubur orang islam.Haram.

    Kalau islam tentu dapat membezakan antara babi dengan kambing. Kalau babi pun boleh di bela bawah rumah, itu bukan islam namanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping