Pelakon Raja Ilya mendedahkan diganggu makhluk halus ketika penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia awal November lalu.
Raja Ilya, 29, berkata, makhluk halus tersebut mengganggunya ketika dia sedang berehat di bilik hotel sehingga menyebabkan dia meracau dan tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan.
"Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang dikenali sebagai berhantu seperti di Borobudur, Candi Prambanan, Parangtritis dan Gunung Merapi.
Ketika dua hari terakhir iaitu di Gunung Merapi ibu jari kaki saya kebas dan ketika di hotel saya meracau-racau dan menangis kerana ketakutan," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, situasi tersebut dikawal oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang disediakan khas untuk menjaga kru produksi sepanjang pengambaran berlangsung.
Tambah Raja Ilya, perkara yang sama terjadi sekali lagi ketika dia diminta melakukan adegan dirasuk di sebuah bangunan lama peninggalan penjajah Belanda.
"Hari terakhir penggambaran saya diminta melakukan adegan seperti dirasuk ketika itu pula berada dalam bangunan lama tempan rakyat Indonesia dibunuh oleh penjajah.
"Suasana bangunan itu memang seram, selepas saya selesai adegan itu, seluruh anggota badan saya menggigil tidak boleh berhenti. Saya terus berlari meminta bantuan," ujarnya.
PS: Lebih kurang sama je cerita pasal Ahli Politik yang guna 'Kuasa Ghaib'.
cerita pelakon2 diganggu selepas masa pengambaran citer seram ni dah basi ler..semua nya mendakwa perkara yg sama...masih ada lagi ke yg menonton cerita2 slapstik macam ni???hantu yg betul pun dah malas nk tunjuk diri....malu dgn orang2 yg jadi hantu...
BalasPadamPakcik sambal tempoyak.