Alahai!!! Apalah malang sungguh nasib Si Wan Azizah ni ek. Sudah la rumah tangga dia sendiri pun tunggang langgang. Keluarga dia pulak kacau bilau. Sekarang, parti pulak huru hara.
Entah macam mana orang masih lagi nak beri kepercayaan kepada dia untuk terus memimpin parti. Malah ada jugak yang Kurang Cerdik nak suruh dia jadi MB Selangor.
Mujur la ada puak - puak dikalangan pemimpin PAS serta berkat kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Selangor, perkara yang direncanakan oleh Si Rafizi tu tak menjadi kenyataan.
Kalau tidak, sudah tentu huru hara dibuatnya Negeri Selangor tu. Sedangkan dia baru jadi ADUN Kajang, satu kerja pun tak mampu dilakukan. Habis semua diserahkan kepada Pegawai Khas.
Jadi, tak heran la jika dia tak mampu nak selesaikan kemelut yang melanda Negeri Pulau Pinang dari terus melancarkan pemberontakan terhadap kepimpinan parti itu baru - baru ni.
Itu membuktikan yang Si Wan Azizah tu TAK LAYAK untuk jadi seorang pemimpin. Inikan pulak dia nak jadi Presiden. Tapi, demi memastikan kepentingan Politik Peribadi dan nafsu serakah suami dia dipenuhi, maka sebab itu dia sanggup mem-BODOH-kan diri sendiri!!!
Kuala Lumpur – Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat keputusan berkaitan bakal pengganti Datuk Mansor Othman.
Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan Pengerusi negeri diserahkan kepada Yusmadi.
”Ada cadangan oleh tujuh daripada 13 cabang PKR Pulau Pinang yang mahukan saya sebagai ketua. Ini bukan permintaan saya. Apabila saya diberitahu, saya katakan, ini penilaian mereka,” katanya.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan berlaku pemberontakan di kalangan cabang PKR Pulau Pinang yang menarik balik sokongan terhadap Mansor dan mahukan Yusmadi sebagai pengganti.
Menurut Yusmadi, para pemimpin cabang mahukan beliau disebabkan mereka berpandangan bahawa dirinya banyak berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan melabelkannya sebagai ”pemimpin masa depan.”
Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Balik Pulau selama sepenggal itu menjelaskan, tidak ada perbezaan antara dirinya dengan orang lain dalam menjalankan tugas dan hanya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususunya di Pulau Pinang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.