Sabtu, Januari 24, 2015

Rupanya, itu yang cuba dinafikan oleh puak - puak DAPigs ni yang cuba untuk menafikan bahawa diorang ni cuba nak menghidupkan semula sistem yang pernah diguna-pakai oleh Penjajah.

Pada 1951, penjajah Inggeris di Pulau Pinang telah mengadakan Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang pertama selepas menubuhkan “Municipal Council of George Town” sejak dari tahun 1857.

Tiga parti bertanding, Parti Radikal Malaya, Parti Buruh Malaya dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk merebut 9 kerusi yang dipertandingkan pada 1 Dis 1951.

Parti Radikal Malaya yang berpengkalan di Pulau Pinang dipimpin oleh Tun Dr. Lim Chong Eu telah berjaya memenangi enam daripada sembilan kerusi untuk menguasai Majlis Bandaran George Town.

Pada tahun 1956, Parti Buruh Malaya atau Labour Party of Malaya (LPM) pula berjaya memenangi Majlis Bandaraya Georgetown apabila parti itu menang dengan majoriti 8 kerusi.

Seterusnya, Parti Buruh bergabung dengan Parti Rakyat Malaya (PRM) membentuk Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) yang dibentuk pada 26 Ogos 1958.

Menurut wikipedia, Barisan Sosialis mengekalkan penguasaan di Majlis George Town pada tahun 1961 dengan 14 kerusi daripada 15 kerusi dipertandingkan, meskipun tewas di peringkat Pilihanraya Umum kepada Parti Perikatan.

Pada 1965, Barisan Sosialis juga telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban dan Serdang.

Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat Parti Buruh Malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960.

Pada 1963, sejurus selepas peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, pemimpin Barisan Sosialis yang dilihat pro-Indonesia telah ditangkap. Selepas pengisytiharan Darurat pada 1964, pilihan raya kerajaan tempatan dibatalkan pada tahun 1965

Hakikatnya, puak - puak DAPigs ni cuba nak menghidupkan semula sistem yang suatu ketika dahulu pernah menjadi katalis kepada sentimen perkauman dikalangan masyarakat di bandar.

Maka dakwaan yang penentangan yang dibuat oleh puak - puak PAS terhadap perlaksanaan Pilihan Raya PBT itu mempunyai asas yang kukuh. Jadi, jangan la kita terpengaruh dengan agenda subversif puak - puak DAPigs ni. Diorang ni berjuang untuk kepentingan diri sendiri je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. majoriti org melayu bukan ahli politik & mungkin org umno juga pemimpin2 nya...dah nampak mainan org2 cina di malaysia...yg di ketuai DAP...cuma demi politik sempit& peribadi oleh PAS & melayu2 PKR... yg sanggup berselingkoh dgn mereka...maka kini mereka telah berani menunjukan wajah sebenar....apa kah pemimpin2 melayu baik umno,pas & pkr masih lagi mahu berpeluk tubuh....masih lagi memikirkan kepentingan diri?....terpulang lah...siapa yg akan jadi mangsa...fikirkan sendiri !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping