Tapi, sebagai 'Orang Baru' dalam kancah Politik tempatan, Si Nik Abduh ni boleh dilihat lebih 'Berotak' jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih lama, yang boleh dianggap 'Otai'.
Cara dia menjawab isu berkaitan dengan Pilihan Raya PBT jauh lebih bijak jika nak dibandingkan dengan Si Anthony Loke yang mempertikaikan isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.
Hujah yang diutarakan juga boleh diklasifikasikan sebagai hujah yang 'Profesional' dari apa yang dinyatakan oleh Si Tipah Koyak yang selalu mendabik dada mengatakan dia seorang peguam berprofail tinggi.
Kata Si Nik Abduh tu, PAS tidak berhak untuk mempertikaikan soal perlaksanaan Pilihan Raya PBT yang telah dicadangkan oleh DAPigs sebelum ini. Malah PAS 'Boleh Terima' cadangan tersebut.
Tetapi, biarlah ianya berdasarkan kepada amalan 'Demokrasi' yang menjadi asas kepada Politik di Malaysia. Biar ada sokongan dari kalangan rakyat sebelum cadangan tersebut dilaksanakan.
Jelas Si Nik Abduh dalam satu kenyataan, membawa agenda masing - masing dalam Pakatan tidak sepatutnya dianggap sebagai satu tindakan yang melanggar kesepakatan dikalangan mereka.
“Soal sekarang, ketika PAS mengambil sikap sama (mempertahankan hudud) di Kelantan, mengapa PAS dikata mencabul kesepakatan dalam PR?” katanya melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.
Anak kepada Mantan Menteri Besar Kelantan itu juga lantang mempertikaikan tindakan DAPigs yang sehingga hari ini TAKUT nak membentangkan isu Pilihan Raya PBT tu ke Parlimen.
“Pas juga adalah parti tindakan demokratik. Cuma, adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud? Itu saya tak pasti, kena rujuk kepada orang undang-undang," jelasnya.
Nah! Sekarang siapa yang lebih demokratik sebenarnya? Adakah perkataan "Demokratik" didalam nama parti DAPigs itu membawa sebarang maksud atau ianya hanya sekadar hiasan semata - mata?
Kalau setakat nama je nak dilihat 'Demokratik' tapi amalan mereka tak sebegitu, apa gunanya? Kalau diorang sekadar nak menipu rakyat dengan slogan 'Demokratik' tu baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa dan tak mendatangkan faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.