Itu satu persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Kenapa setiap kali timbulnya isu berkaitan dengan 'Fitnah' membuatkan Si Nurul Izzah tu menggelabah?
Kalau tahun lepas, Si Nurul Izzah tu dilihat cukup menggelabah bila nak selesaikan kes fitnahnya terhadap bekas calon Barisan Nasional bagi kawasan Lembah Pantai sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.
Keputusan kes tersebut membuatkan Si Nurul Izzah tu diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia telah menabur fitnah terhadap Datuk Seri Raja Nong Chik.
Kali ini, Si Nurul Izzah tu sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menabur fitnah terhadap Pengerusi NFC Corp berhubung isu pembelian hartanah dengan menggunakan dana awam.
Sebelum ini, kita dah mendedahkan bagaimana Si Nurul Izzah tu dilihat menggelupor menjawab soalan - soalan dari peguam yang mewakili Pengerusi NFC Corp didalam mahkamah. (Klik Sini)
Selain mengakui bahawa dia tidak pernah sekali pun membuat pengesahan dengan pihak bank atau dengan Pengerusi NFC Corp itu sendiri, Si Nurul Izzah tu juga turut membuat pengakuan lain.
Dia mengaku tidak pernah membuat semakan dengan pihak pemaju berhubung pinjaman yang didakwa dibuat oleh Pengerusi NFC Corp itu untuk membeli lapan buah unit hartanah tersebut.
"Bagaimanapun, Nurul Izzah mengakui beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa Mohamad Salleh menggunakan dana awam untuk membeli lapan unit hartanah itu." lapor MStar.
Sekarang, perkara itu yang membuatkan kita tertanya - tanya. Kenapa Si Nurul Izzah tu tak buat sebarang pengesahan sebelum dia menyebarkan perkara tersebut melalui sidang media yang diadakan?
Sedangkan sebelum ini, Si Nurul Izzah tu pandai pulak mempertikaikan tanggungjawab Kerajaan untuk mengatasi banjir dibeberapa Negeri didalam artikel yang disiarkan akhabar tempatan.
Padahal, dia sendiri pun tak bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. (Klik Sini). Maka, tanggungjawab Si Nurul Izzah tu sebagai seorang anggota Parlimen perlu dijadikan persoalan.
Adakah dengan menjadi Ahli Parlimen membuatkan Si Nurul Izzah tu BEBAS untuk membuat tuduhan dan menabur fitnah terhadap orang lain sesuka hati tanpa sebarang bukti? Kalau setakat nak jadi 'Kaki Fitnah', baik tak payah jadi pemimpin!!!
PS: YB Lembah Pantai ni pandai 'Gali Lubang Kubur' sendiri!!! seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.