Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa beliau tidak menerima sebarang notis atau writ daripada pihak bank memaklumkannya yang penthouse miliknya di Mont Kiara, Kuala Lumpur, dibuka untuk lelongan, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Naib Ketua Umno Batu Kawan itu yang sebelum ini diura-urakan jatuh muflis berkata, berita lelongan hartanahnya itu hanya diketahui selepas menunaikan solat Jumaat semalam dan menyifatkannya sebagai satu kejutan.
“Agak mengejutkan kerana saya masih lagi menghuni rumah ini, namun tidak pernah dimaklumkan tentang lelongan tersebut,” katanya.
Jurucakap syarikat Ng Chan Mau & Co memberitahu, hartanah yang bernilai RM2.1 juta itu akan dilelong di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 10.30 pagi ini, lapor portal FMT.
Pemuda Umno Batu Kawan pada Isnin menggesa Khairuddin, yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipecat dari jawatan dalam parti sekiranya benar ahli perniagaan itu kini diisytiharkan muflis.
“Kami harap ada siasatan ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.
“Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat dari Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis,” katanya.
PS: Ish! Pelik jugak. Rumah nak kena lelong boleh pulak dia kata dia tak tau? Tapi isu pasal 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan tu dia tau pulak? Macam - macam hal manusia kat dalam dunia ni nak dapat perhatian!!!
CIMB... Bank paling pundek..
BalasPadamMabank Bank paling Mencelakakan Orang Melayu..
Maybank cepat2 Bangkrap
Tak masuk akal, diri sendiri tentu tahu dah berapa lama tak bayar ansuran,jadi buatlah semakan.Bank tu bukan bapak dia punya,kalau dah berbulan-bulan tak bayar misti ada tindakan yg akan bank ambil,mustahil dia tak fikir.Atau dia sangka dia Tim Ketua Bahgian Umno dah kira besar ,boleh ikut suka hati nak baya ke tak bayar.Kalau masa TM boleh lah sebab dia org TM.
BalasPadam