Ahad, Januari 25, 2015

Siapa yang tak kenal dengan perangai puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang ni memang jenis yang suka ambik kesempatan untuk mempolitikkan apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri.

Jadi, tak heran la bila isu video penyanyi Slam, Si Zamani tu turut menjadi modal Politik Sempit dikalangan mereka yang sengaja nak memburuk - burukkan Integriti pihak PDRM.

Dakwaan mereka kononnya pihak Polis sengaja mengabaikan Hak Asasi Manusia dengan memaksa penyanyi itu melakukan sesuatu tanpa kerelaan dirinya sewaktu ditahan sebelum ini.

Dengan penyebaran video klip pendek penyanyi itu menyanyi sambil memakai gari, sudah tentu ianya akan menjadi satu isu yang boleh dijaja dan dihebahkan kepada orang ramai.

Tapi apa kan daya. Usaha puak - puak Haramjadah tu tak menjadi kenyataan apabila penyanyi itu sendiri tampil membuat pengakuan secara terbuka didalam laman media sebelum ini.
PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang  pada hari pertama ditahan di lokap pada Rabu.

Penyanyi berusia 44 tahun yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.

"Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim itu ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.


"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping