Ahad, Januari 25, 2015

Memalukan!!! Ada hati nak tuduh orang lain tabur fitnah. Tapi hakikatnya, apa yang cuba nak dilakukan terkena pada batang hidung sendiri. Sekarang, mana lagi dia nak letak muka?

Katanya sebelum ini Ahli Parlimen tu yakin sangat yang dia mampu untuk menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap Bekas Ahli partinya sendiri. Dia ingat dengan cara tu boleh tutup kemaluan dia.

Tapi ternyata, jangkaan yang dibuat telah meleset sehingga membuatkan dia sendiri pun tak mampu nak bayar kos mahkamah kepada pihak yang disaman sebelum ini sebanyak RM 27,000.
Kes saman fitnah oleh MP Segambut, Lim Lip Eng keatas bekas ahli DAP Serdang Baru, Yap Kwan Meng telah memihak kepada Yap Kwan Meng. Pihak mahkamah telah memerintahkan Lim Lip Eng membayar RM27,000 beserta kos mahkamah sebanyak RM500.

Yap Kwan Meng terpaksa mengambil tindakan menyita pejabat MP Segambut setelah beliau enggan membayar walaupun setelah lapan bulan penghakiman mahkamah dibuat.

Firma guaman Lim Lip Eng adalah panel peguam MPSJ. Perbalahan antara Lim Lip Eng dan Yap Kwan Meng bermula apabila Yap mempersoalkan jumlah yuran RM55,000 yang dikenakan keatas MPSJ bagi melawan saman yang di failkan keatas MPSJ oleh sebuah premis perniagaan. MPSJ sebenarnya telah melantik sebuah firma lain yang telah meletakkan jumlah yuran sebanyak RM15,000 bagi mewakili MPSJ.

Lim Lip Eng telah menggunakan pengaruh dan networking DAP dalam MPSJ untuk 'merampas' kes tersebut dari firma yang telah dilantik terdahulu itu. Oleh kerana Yap Kwan Meng telah membuat 'bising', MPSJ telah menyemak semula kes tersebut dan hanya membuat pembayaran sebanyak RM15,000 kepada Lim Lip Eng kerana itu lah jumlah yang wajar dibayar mengikut skala yuran guaman.


Bagi menutup malu Lim Lip Eng telah menyaman Yap Kwan Meng, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada Yap Kwan Meng seperti disebut diperenggan pertama. Lapor laman foto Minaq Jinggo
Persoalannya, takkan jumlah sebanyak itu pun dia tak mampu nak jelaskan? Takkan miskin sangat Si Ahli Parlimen DAPigs tu sampai terpaksa disita barang - barang dipejabatnya untuk bayar kos tersebut?

Yang lebih memalukan ialah apabila Si Isteri pulak yang terpaksa tampil, merayu mintak nyawa dengan pihak yang didakwa menabur fitnah agar dapat menutup aib suaminya dari didedahkan kepada orang ramai.

Persoalan yang lebih penting yang perlu dibangkitkan ialah ke mana perginya pemimpin - pemimpin lain dalam DAPigs tu? Kenapa mereka tak tampil untuk membantu Ahli Parlimen mereka sendiri?

Takkan la diorang tak boleh nak kumpul duit sebanyak RM 27,000 untuk menjaga maruah serta harga diri seorang pemimpin dikalangan mereka. Takkan sanggup diorang nak biarkan Ahli Parlimen itu dimalukan?

Ternyata, puak - puak DAPigs ni sebenarnya hanya berjuang demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Kalau perkara tu menguntungkan diorang, diorang pasti akan bantu. Tapi kalau ianya menjerat diri sendiri, awal - awal lagi diorang dah angkat tangan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping