Setelah puas didesak dan diasak oleh pelbagai pihak, nampak gayanya Si Husam Kambing tu masih lagi mengunci mulut dari memberi sebarang komen mengenai pembalakkan di Kelantan.
Dikala semua jari masih lagi menunding ke arah dia, Si Husam Kambing tu terus diam kaku tanpa memberi sebarang jawapan mengenai persoalan - persoalan yang dibangkitkan.
Dia yang turut dikaitkan mempunyai hubung-kait dengan pembalakkan haram di Hulu Kelantan tu masih lagi dilihat cuba nak mengelakkan diri dari terjebak dan skandal tersebut.
Apa yang dilihat sekarang ni, puak - puak Pro Parasit Anwarinas didalam PAS tu sedang bertungkus lumus nak alihkan perhatian rakyat dari menjawab isu tersebut dalam media sosial.
Tetapi, taktik mereka itu kantoi jugak akhirnya. Isu yang remeh temeh seperti pemecatan beberapa orang Editor Haprakdaily pun tak mampu nak tutup Pekung Si Husam yang dah terdedah tu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Gua Musang, iaitu antara penyebab banjir besar melanda Kelantan, baru-baru ini.
Beliau mendakwa penerokaan haram itu membabitkan kawasan hitam yang tidak terusik sejak zaman darurat tetapi diteroka pihak tertentu sejak sekian lama.
"Saya mempunyai bukti kukuh mereka ini diberi Lesen Pendudukan Sementara untuk meneroka tetapi meneroka sehingga melampaui kawasan yang diberi kebenaran. Saya juga ada maklumat siapa yang melakukan kerja-kerja ini.
"Mereka ini antaranya tauke-tauke besar dari negara jiran. Saya harap ada undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Shahidan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca banjir bersama agensi-agensi kerajaan negeri di Kangar.
Beliau mencadangkan setiap jalan masuk ke kawasan hutan dipasang besi penghalang dan penceroboh ditangkap serta dikenakan tindakan sewajarnya manakala pembalak disyaratkan menanam tiga batang pokok bagi setiap batang balak yang ditebang.
Beliau berkata kerajaan pusat telah membincangkan dengan kerajaan Kelantan isu pembalakan dan penerokaan tanah secara haram ke arah meredakan masalah banjir di negeri tersebut.
Jadi, buat Si Husam Kambing tu, beringat la ye. Jangan lepas ni KANTOI dengan pihak berkuasa kata dia ada kaitan dalam kartel pembalakkan haram dan keluar pulak dalam media sudah le. Masa tu nanti, takut tak cukup tanah pulak dia nak sorok muka dia sendiri!!!
PS: Si Husam Kambing tu ingat dia boleh selamat ke bila ada isu K-Pop dan cerita pasal Si Peguam Yahudi tu!!! Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.