Itu diantara kenyataan yang diluahkan oleh pemimpin PAS di Terengganu. Memang mereka akui taksub kepada Si Hadi Awang tu. Tapi tak de la taksub sangar sampai tahap membabi buta.
Bahkan dia juga turut mengakui ada juga dikangan ahli serta pemimpin tertinggi tidak meletakkan kesetiaan tinggi atau wala' kepada seorang pemimpin seperti Si Hadi Awang tu sendiri.
Malah pemimpin PAS Terengganu itu juga turut menyatakan beberapa sebab yang boleh menyebabkan ahli parti 'hilang wala' termasuk meletakkan kepercayaan kepada pihak luar dari parti.
Yang bab itu, ada sikit kita rasa tak setuju. Wala' pada pemimpin pun takkan sampai tahap tak percaya kepada pihak luar? Takkan la kepada Tuhan pun diorang sendiri tak percaya juga?
Nak akur dan taat kepada pemimpin ni boleh. Tapi jangan sampai tahap kita menafikan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta. Itu dah boleh jatuh hukum Syirik biarpun mereka tak menyedarinya.
Mustahil bagi sebuah parti yang KONONnya mempunyai jiwa Islam tak tahu mengenai perkara tersebut? Taat kepada seorang pemimpin tak bermaksud dia maksum sehingga tak boleh disentuh.
Tapi, itu cerita lain la pulak. Yang kita heran sekarang ni, kenapa masih ada lagi dikalangan puak - puak PAS tu sendiri yang lebih sanggup percaya pada orang luar selain dari Presiden mereka sendiri?
Kenapa mereka lebih sanggup untuk menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan terhadap seorang manusia yang jelas, terang lagi nyata melakukan maksiat seperti Si Ketua Penipu tu?
Kenapa mereka masih lagi meletakkan seluruh jiwa dan raga mereka kepada sebuah parti yang jelas secara terbuka menjadikan Islam sebagai musuh utama yang perlu dihapuskan?
Dan yang lebih menghairankan kita, kenapa dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri sanggup bersekongkol dengan golongan Liberalis untuk memesongkan akidah umat Islam?
Perkara itu yang membuatkan kita sendiri pun tertanya - tanya, "Kenapa mereka bertindak sedemikian?" Jawapan mudahnya, mereka hanya sekadar mengutamakan kepentingan Politik Peribadi semata - mata. Maka sebab itu dasar perjuangan parti pun sanggup diabaikan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.