Sabtu, Januari 24, 2015

Walaupun bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, memaafkan serta tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang mengambil dan menyebarkan video dia diminta menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika dalam tahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan siasatan dan memastikan pesalah dihukum.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, adalah menjadi kesalahan kepada anggota polis yang membawa telefon bimbit dan mengambil video atau gambar sesuka hati tanpa keperluan yang khusus.

Katanya, hak asasi setiap tahanan perlu dijaga dan PDRM tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai atau anggota PDRM yang didapati mengaibkan tahanan.
"Siasatan akan diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh PDRM kepada pesalah.
"Pada masa sama kita akan mengambil kira kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan,"katanya ketika dihubungi malam ini.
Terdahulu, kenyataan Zamani yang memaafkan perbuatan berkenaan dimaklumkan abangnya, Zulfazil, 50, yang menemui penyanyi itu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, 3.30 petang tadi. Justeru, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Zamani dan keluarganya.

PS: Ada yang bersalah, tapi tak nak mengaku!!! Seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping