Mau berguling - guling atas jalan raya dibuatnya bila Macai - Macai Pakatan Haramjadah tu baca pengumuman yang dibuat dibawah ni. Jangan ada yang sampai hilang akal sudah la.
Kalau sebelum ini, sibuk betul diorang memainkan sentimen isu perkauman apabila kempen 'TURUN HARGA BARANG' dilancarkan ekoran penurunan harga minyak petrol.
Tindakan mendesak pihak peniaga dan pemborong yang tamak menaikkan harga barang keperluan dipasaran sesuka hati mereka itu memang satu langkah yang sewajarnya dilakukan.
Nak pulak dikalangan puak - puak yang mendominasikan kenaikkan harga barang tu dilihat seolah - olah lansung tidak mempedulikan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Maka, tindakan seperti yang diumumkan dibawah ni adalah satu langkah yang sewajarnya diambil supaya mereka yang berkenaan sedar diri. Jangan pulak diorang meroyan tak tentu arah nak salahkan orang lain diatas sifat tamak dan pentingkan diri mereka sendiri!!!
KUALA LUMPUR – Penurunan harga barangan di pasar tani bermula hari ini sebagai usaha kerajaan mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata menerusi ‘Program Jualan Turun Harga Pasar Tani’ itu, kadar penurunan harga adalah antara lima hingga 20 peratus melibatkan 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian yang segar, kering dan diproses.
“Penurunan harga itu bermula hari ini … bagi membantu rakyat yang kini merungut tentang harga barangan yang tidak turun sedangkan harga minyak turun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pasar Tani Taman Melawati di sini.
Ismail Sabri berkata buat masa ini, kementerian tidak menetapkan had tempoh tertentu bagi pelaksanaan program itu di 570 pasar tani sedia ada di seluruh negara.
“(Peniaga) di pasar tani boleh turunkan harga, kenapa orang lain tidak boleh, sepatutnya tidak ada alasan lagi … (peniaga) pasar tani turut hadapi benda yang sama,” katanya.
Beliau berkata menerusi program penurunan harga itu, ia tidak akan menjejaskan keuntungan peniaga kerana mereka masih boleh memperoleh keuntungan daripada hasil jualan.
Ismail Sabri berkata kementerian akan memantau peniaga di pasar tani supaya mereka mematuhi pelaksanaan program berkenaan antaranya dengan meletakkan nombor hotline di setiap gerai bagi membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan.
“Kalau ada peniaga yang tidak ikut, kita akan ambil tindakan dengan menyingkirkan mereka serta-merta daripada berniaga di pasar tani … saya serius,” katanya.
Raapz cili dah murah gst dah dekat. Semut burger spesial 1 sos cili taruk lebih sikit yea.
BalasPadamBenjol speciesia L 2 semut
BalasPadam