Rabu, Februari 04, 2015

Kegagalan Kerajaan menguatkuasakan undang - undang sedia ada telah menjadi punca menyebabkan harga barang keperluan tidak turun seiring dengan harga baru minyak, dakwa PAS.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar turut mendakwa, Kerajaan sepatutnya menunjukkan teladan dengan menurunkan harga barang kawalan seperti gula dan minyak masak terlebih dahulu.

Tidak hanya sekadar itu sahaja, malah Mahfuz juga turut mendesak agar tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam diturunkan kerana ianya turut berada bawah kawalan pihak Kerajaan.
"Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa," kata Mahfuz.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menggesa orang ramai memulau peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang seperti harga minyak.

Kenyataannya itu mengundang kritikan banyak pihak yang melihatnya sebagai perkauman. Bermula 1 Februari, harga baru bahan bakar itu turun antara 11 hingga 21 sen ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Persoalannya, adakah puak - puak Pakatan Haramjadah tu menganggap ianya satu dosa besar sekiranya orang Melayu bangkit mendesak agar peniaga serta pemborong menurunkan harga barang?

Kenapa mereka beria - ia sangat nak melindungi kepentingan peniaga dan pemborong yang tamak itu sehingga sanggup membelakangkan kepentingan rakyat secara terang - terangan?

Bukan ke selama hari ini diorang jugak yang mendabik dada menyatakan yang diorang ni lebih mendahulukan kepentingan rakyat dan menafikan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri?

Jika benar diorang nak memperjuangkan kepentingan rakyat dan ikhlas mahu menurunkan kos sara hidup, maka mereka perlu buat desakan terhadap peniaga - peniaga yang rakus menaikkan harga barang. Bukannya sekadar menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mana hero pkr di rapiji tu..yg dikata hero pejuang rakyat..tk nk berdemo ka pasal harga brg tk turun..tk kan takut kot

    BalasPadam
  2. Kan piji dah cakap kalau nak harga barang turun kerajaan mesti turunkan harga minyak
    Eloklah sangat kita pilih piji jadi kerajaan pulok kih kih kih kah koh kek

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping