Tak perlu kita cerita panjang mengenai isu surat ini. Penafian sudah pun dibuat namun kemudian ianya kembali dinafikan oleh orang yang sama hanya kerana desakan 'Pihak Atasan'.
Persoalannya, siapa yang boleh keluarkan surat tersebut jika bukan dari kalangan mereka sendiri? Adakah benar surat itu surat palsu yang sengaja diwujudkan bagi mencetuskan huru hara?
Adakah 'Pihak Atasan' itu masih lagi mahu hidup dalam sindrom penafian bahawa Si Ketua Penipu tu kini sudah tidak lagi relevan sedangkan partinya sendiri pun beranggapan sedemikian rupa?
Seandainya benar isu surat ini adalah satu bentuk fitnah palsu yang dikeluarkan oleh Si Hadi Awang, kenapa tidak mereka sendiri melaporkannya kepada pihak Polis supaya tindakan boleh diambil?
Kenapa mereka tidak mengambil tindakan undang - undang sekiranya benar surat itu adalah palsu seperti mana yang diperkatakan sebelum ini? Atau, adakah Setiausaha Politik Si Hadi Awang itu berbohong?
Hakikatnya, sama ada surat itu benar atau pun tidak, Si Hadi Awang tu sendiri pun jelas sudah menunjukkan rasa jemunya terhadap permainan Politik Songsang yang ditonjolkan oleh puak - puak Pakatan.
Perkara itu bukan sekali, bukan dua kali diulang dihadapan para penyokongnya sendiri. Tapi sudah banyak kali disebut kepada mereka. Adakah itu pun masih mahu dinafikan oleh 'Pihak Atasan'?
Kesimpulannya mudah. 'Pihak Atasan' PAS tu perlu belajar untuk bersikap jujur dengan dirinya sendiri. Jangan la kerana terlalu nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sehingga maruah diri dan jugak dasar perjuangan parti pun sanggup mereka lacurkan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.