Perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang yang berlangsung malam kelmarin dicemari dengan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku.
Ianya disebabkan tindakan segelintir penyokong pasukan Harimau Selatan itu yang menaikkan banner gergasi (TIFO) berwajah anjing yang memakai pakaian berlogo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Walaupun banner itu tidak ditujukan kepada pasukan Pahang, namun tindakan tersebut cukup untuk digambarkan sebagai biadap dan sangat keterlaluan dilakukan oleh mereka yang telibat.
Malah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga turut meluahkan rasa malu baginda dengan perlakuan yang ditonjolkan penyokong - penyokong JDT itu.
"Sebagai anak kelahiran Johor yang bermastautin di Pahang...dan suami saya Presiden FAM, saya malu dengan tindakan peminat bola sepak Johor.
"Ini sahaja komen saya.... biadap dan kurang ajar, ayah saya tidak didik saya seperti ini," kata baginda melalui laman Instagram peribadi @tengkupuanpahang hari ini.
Gambar banner tersebut turut menjadi viral di laman sosial dan menerima kritikan hebat daripada netizen yang menyifatkannya sebagai biadap. Ada juga yang biadap terhadap Tengku Puan Pahang sendiri.
Banner itu direntangkan di bahagian penyokong JDT sewaktu perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Pada perlawanan itu JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0.
Walaupun tiada siapa yang mendakwa bertanggungjawab terhadap banner kontroversi itu, Persatuan Bola Sepak Johor menerusi kenyataan berkata, 12 individu telah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak polis.
"Mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan. Jika didapati bersalah, individu-individu berkenaan akan dilarang daripada memasuki mana-mana stadium di Johor untuk hidup," kata Johor FA menerusi kenyataan pada Ahad. - sumber
PS: Kalau nak sokong team bola pun, jangan la sampai terikut sangat perangai puak - puak Pakatan Haramjadah tu!!!
Patutnya pulau pinang lawan kelantan.pulau pinang bantai kelantan 13 berbalas telo. Johor umno ini tkok banyak halus kreatif. Jdt aku fikir next season impott plyer negara cina taiwn. Hong kong 12 orang begitu juga negeri lain dap nak juga main bola asek muka melayu je tengah padang nak tanya bola ada gst ke jual smatpon lagi baik
BalasPadamX abih2 la dgn penyokong JDT ni
BalasPadamWalaupun segelintir tp melampau
Rasa dah besar kepala sgt kot !
Relax la....
Aku ni org johor... buat malu je perangai org2 x bertamadun ni.. buat rosak susu sebelanga jer...
BalasPadamKau bukan orang johor aku orang gelang patah
PadamAku anak jati johor der dr sejak lahir smpi skrg... pasir gudang.. susah diaorg ni x de tatasusila... buat malu kaum dan bangsa jer..harokkk
Padam