Rabu, Mac 04, 2015

Malunya ada pemimpin macam Si Mahfuz Bean ni. Punya la dia kemaruk sehingga sanggup dia mempergunakan seorang ibu untuk menutup kemaluan dia yang dah sedia terdedah sebelum ini.

Biarpun Si Mahfuz Bean tu beri alasan mengatakan misi membawa ibu Sirul itu ke Australia atas dasar 'Kemanusiaan' tapi ianya tidak dapat mengaburi mata serta pemerhatian rakyat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Mahfuz Bean tu cuba nak menjustifikasi tindakan yang dilakukannya agar ianya dapat diterima oleh rakyat secara umum.
“Suasana begitu hiba dan sayu apabila pertemuan tersebut berlaku lebih lagi apabila ibu Sirul berpelukan dengan Sirul. Ditambah dengan tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan serta nasib yang masih belum diketahui lagi,” katanya Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Namun apa yang pasti, perbuatan Si Mahfuz Bean tu menunjukkan bahawa dia sedang terdesak nak mencari Populariti Murahan dan menagih simpati demi kepentingan dirinya sendiri.

Dengan menjadikan perkara itu sebagai satu bahan 'Politik Longkang' buat Si Mahfuz Bean, rata - rata yang melihatnya menganggap tindakan itu lansung tidak berperikemanusiaan.

Mana tidaknya. Si Mahfuz Bean tu dilihat hanya sekadar mempermainkan naluri seorang ibu demi untuk meraih simpati bagi dirinya sendiri sedangkan sebelum ini dia tak peduli pun dengan Sirul.

Kenapa baru sekarang Si Mahfuz Bean tu nak menunjukkan rasa simpati dia terhadap anggota Polis itu jika bukan atas alasan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?

Walhal banyak lagi isu kebajikan rakyat yang tidak dapat diselesaikan dikawasan dia sendiri. Itu pun dia tak mampu nak laksanakan. Jadi, kenapa pulak dia nak sibuk menjaga kebajikan Sirul?

Adakah Si Mahfuz Bean tu tak mampu untuk menonjolkan dirinya sebagai 'Juara Rakyat' tanpa mempergunakan orang lain demi untuk memenuhi kepentingan Politik dirinya sendiri?

Lagi pun, kenapa pulak hanya Sirul sahaja yang diberikan perhatian oleh Si Mahfuz Bean tu? Kenapa dia tak buat perkara yang sama terhadap rakan Sirul yang ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara?

Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu menimbulkan tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia dan melihat perbuatan yang dibuat itu satu tindakan yang jijik?

Kalau ye pun Si Mahfuz Bean tu kemaruk sangat nak cari 'Populariti Murahan' demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, jangan la sampai tahap nak mempermain -mainkan naluri seorang ibu dan memperbodohkan rakyat!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. pemilihan parti dah dekat tu...

    BalasPadam
  2. Bukan tutup kemaluan mr bean, tp nak tunjuk kemaluan pok jib

    BalasPadam
  3. rakyat biasa dah tahu mahfuz cuma main wayang.....wartawanlah kut selalu kena tipu...yangg mereka pergi mengadap dia nak dapat berita apa ke hal....mereka dah canang pembunuhan wanita monggolia yg dikaitkan dengan pembesar negara dalam surat khabar mereka dah lama....wartawan masih mengadap dia nak dapat berita....patut pulaukan saja dengan sidang akhbar dia tu....

    BalasPadam
  4. Kenapa Sirul, kenapa tak orang lain yang lebih memerlukan bantuan. Adakah Mahpuz akui bahawa kerajaan BN selama ini telah berjaya melaksanakan tugas membantu rakyat di seluruh negara tanpa Mahpuz dan pihak Pakatan Rakyat.

    Mahpuz tak ada kerja lain ka, apa macam penduduk Pokok Sena. Lepas ni nak serah kepada BN kah. Rasanya setakad penggal ni saja lah Mahpuz oiii..

    BalasPadam
  5. Pergi MAMPOS dengan MAHPOZ.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping