Siapa sangka, Si Husam yang dah tua bangka tu rupanya masih belum cukup baligh lagi untuk menjadi seorang pemimpin. Jadi, macam mana orang boleh calonkan dia untuk jadi Presiden?
Seperti mana yang telah kita nyatakan sebelum ini, Si Husam tu sememangnya Tak Layak untuk jadi pencabar Hadi Awang hanya kerana dia mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebaliknya, Si Husam tu Tak Layak jadi Presiden sebab dia jelas tidak mempunyai karisma serta kredibiliti untuk memimpin. Jika tidak, kenapa pulak dia tak dipilih jadi Menteri Besar Kelantan?
Bahkan, Si Husam tu jugak Tak Layak untuk jadi pemimpin kerana dia jelas tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, setanding dengan Si Hadi Awang tu untuk bergelar sebagai Presiden.
Kalau setakat dia nak jadi Presiden, tapi ilmu yang dia miliki hanya setaraf dengan budak sekolah tadika, apa gunanya? Itu yang membuatkan Si Husam tu Tak Layak untuk bertanding.
Soal kelayakkan Si Husam tu juga turut diakui oleh pemimpin - pemimpin PAS sendiri yang menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai ketokohan yang diperlukan sebagai seorang Presiden.
Menjelaskan perkara itu secara terperinci, Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan Si Husam tu tidak mempunyai keterampilan yang dikehendaki untuk mencabar kedudukan Hadi Awang ketika ini.
"Jika nak cari lawan Hadi, mesti cari calon yang lebih baik. Namun setakat ini, saya tidak jumpa seseorang yang lebih baik daripada Hadi dari segi ilmu dan ketokohannya."Sepatutnya tiada yang bertanding (cabar Hadi). Tapi oleh kerana PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka kita benarkan sesiapa bertanding. Malah Presiden sendiri tiada halangan sesiapa yang nak bertanding kerana ia tidak menyalahi perlembagaan PAS," katanya.
Tapi, jika kita lihat dari satu sudut, memang betul sangat apa yang diperkatakan oleh Si Mahfodz Mohamad tu. Si Husam tu memang tak mempunyai ketokohan yang diperlukan bagi seorang Presiden.
Malah, seandainya Si Husam tu mempunyai apa yang diperlukan, dah tentu dia tidak akan berdiam diri apabila dianggap sebagai 'Macai DAPigs' yang hanya akan tunduk dan patuh kepada arahan orang luar demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.