Ah, biar betul cerita ni? Kenapa pulak secara tiba - tiba je ada dikalangan ahli dan pemimpin Cabang PKR nak membangkitkan isu mengenai kelayakan Naib Ketua AMK Negeri Sembilan ni?
Adakah dia merupakan ahli dari parti lawan tetapi masih diberikan jawatan tinggi didalam parti? Jawapannya, TIDAK. Sebaliknya, apa yang dibangkitkan hanya mengenai isu kelayakan.
Katanya, Naib Ketua AMK Negeri Sembilan tu dah melebihi had umur seperti mana yang ditetapkan didalam perlembagaan parti tersebut sebelum ini. Itu je cerita dia yang sebenarnya.
NILAI - Naib Ketua 3 PKR Cabang Rasah, Mohd Naquib Carmeil Roseli menggesa agar kepimpinan PKR Negeri Sembilan menyemak semula kelayakan Gary Marimuthu selaku penyandang jawatan Naib Ketua AMK Negeri dan Pemangku Ketua AMK Cabang Rasah.
Beliau berkata, mengikut senarai daftar pemilih parti bertarikh 5 Januari 2014, difahamkan usia Gary kini sudah mencecah 36 tahun, sekali gus sudah melepasi had umur dibenarkan untuk menganggotai AMK.
“Mengikut perlembagaan, hanya mereka berusia tidak lebih 35 tahun saja layak dikategorikan sebagai AMK. Sedangkan, jelas tertera dalam senarai berkenaan yang tarikh lahir Gary pada tahun 1979.
“Persoalannya sekarang, bagaimana Setiausaha AMK negeri, Fakri Mohd Nor boleh terlepas pandang perkara tersebut. Kesilapan sebegini memang tidak boleh diterima,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Enstek, di sini.
Kita ingatkan Si Naib Ketua AMK Negeri Sembilan tu terdiri dari kalangan ahli parti lawan. Kalau itu isunya, ada logik jugak la untuk dijadikan bahan pertikaian. Memang patut la didedahkan kepada umum.
Tapi, siginifikasi dari pendedahan yang dibuat membuktikan bahawa puak - puak PKR tu sendiri tak mampu nak ikut perlembagaan yang telah dibuat. Diorang pun main langgar je peraturan yang telah ditetapkan.
Jadi, tak heran la bila puak - puak Parti Kencing Rakyat tu suka melanggar Perlembagaan dan Undang - Undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di Malaysia ni dengan alasan yang bukan - bukan.
Rupanya, nak ikut Perlembagaan sendiri pun diorang tak mampu!!! Itu la. Bila orang kata diorang ni tak pandai buat kerja, tau pulak diorang marah. Tapi hakikatnya, memang diorang tak pandai buat kerja pun!!! Asyik tau nak meroyan je tak tentu arah!!!
sorry aney......todi ada minum.....ada lupa juga.....
BalasPadam