Sabtu, Mac 28, 2015

Tahniah kepada Domino Pizza yang bakal turunkan harga bermula 1 April ini dan pulangkan manfaat Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat. Peniaga lain kenapa tidak boleh buat?

Kalau barangan bukan keperluan harian seperti Domino Pizza yang dikenakan GST 6% pun boleh bagi harga lebih murah, apatah lagi barangan keperluan harian yang lain sepatutnya lebih murah atau tidak naik harga.

Harga kereta dan motorsikal sememangnya patut memberikan harga yang lebih murah selepas perlaksanaan GST selepas 1 April. Ini disebabkan cukai jualan dulu pun sudah mencecah 10%, sekarang hanya 6%. 

Tambahan pula sekarang tiada lagi alasan untuk naikkan harga stok lama bila laksana GST, disebabkan peniaga boleh tuntut kembali cukai Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang telah dikenakan ke atas stok dalam tangan. 

Sepatutnya penjual kereta dan motorsikal sudahpun membuat hebahan untuk menurunkan harga kenderaan selepas 1 April. (Semuanya sebab sebelum ini diorang kena cukai 16%. Kali ini cuma 6% sahaja).

Tuala Wanita KOTEX atau sebarang jenama yang sewaktu dengannya sepatutnya lebih murah. Sebabnya, di bawah SST yang dikenakan selama ini tuala wanita dikenakan cukai jualan 10%, GST hanya 6%.

Ahli Parlimen Pokok Sena pasti tidak tahu pasal ini. Itu yang dia asyik melalak dengan berkata wanita datang bulan pun kena cukai. Beliau tidak tahukah selama ini anak isteri dia pakai tuala wanita kena cukai? - lapor blog CucuTokSelampit
Dalam erti kata lainnya, semua barang yang sebelum ini pernah dikenakan cukai SST sebanyak 16% patut turun harga kerana cukai GST hanya 6% sahaja. Kenapa pulak diorang nak naikkan harga pulak?

Kesimpulannya, Si Mahfuz Bean ni apa benda pun dia tak tau. Kalau dia bercakap pun, main cakap ikut sedap mulut dia je!!! Tapi, apa yang nak diherankan sangat. Si Mahfuz Bean ni setakat 'LULUS SRP' je. Tu pasal la dia apa pun tak tau!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping