Rabu, April 01, 2015

Nampak gayanya, masa depan anak kedua Si Ketua Penipu ni semakin hari semakin kusam dan pudar. Tak nampak lagi masa depan dia untuk terjun ke dalam kancah Politik Malaysia cerah.

Biarpun sebelum ini Si Nurul Nuha tu diberikan tanggungjawab yang cukup besar untuk memimpin Kempen March 4 Anwar dan #KitaLawan, namun impak yang diingini adalah sangat mendukacitakan.

Nak pulak bila Si Ketua Penipu tu kini sedang meringkuk didalam Penjara. Dan kesempatan ini dipergunakan oleh kartel - kartel Azmin untuk mengambil alih kuasa dari keluarga Pak Sheikh.

Dengar kata, Si Azmin tu dah mula mengatur kembali gerak langkah dia secara subversif untuk memenuhi agenda mengambil alih kuasa dari keluarga Si Ketua Penipu tu sedikit demi sedikit.

Dan dari apa yang dikhabarkan melalui blog Gelagat Anwar, gerakan subversif Si Azmin tu akan dimulakan dengan meruntuhkan kubu kuat keluarga Si Ketua Penipu tu di Permatang Pauh.
Perang psikologi Azmin ini melarat sampai ke senarai calon di Permatang Pauh. Nuha sudah dipinggirkan sama sekali. Susah nak pertahan bila isu nepotisme timbul. Maka itu, untuk Permatang Pauh, Azmin berikan syarat berikut:-
- Calon muda (Yusmadi/Dr Afif antara calon utama).
- Kewangan akan ditanggung sepenuhnya Azmin
- Kak Wan ambil jawatan Ketua Umum
- Peralihan kuasa mesti berlaku selepas Permatang Pauh
- Azmin ambil alih parti dan Ketua Pembangkang.
- Nuha dipersiapkan untuk PRU14 (dalam bandar; Setiawangsa adalah kawasan utama).
Budak-budak Azmin di Permatang Pauh sudah siapkan costing awal dan ianya mencecah RM2.3 juta. Murah untuk sebuah kawasan Parlimen kubu kuat.

Azmin mahu urusan duit kempen diuruskan oleh orang Selangor dan bukan PKR Pulau Pinang. Ini bagi memudahkan urusan resit dan claim dapat diuruskan dengan lebih baik dan sempurna. Atas kertas, PKR akan menang mudah.

Azmin tahu pagi ini (9.00 am; 31 Mac) Perhubungan Pulau Pinang bertemu Najib di PWTC. Ada Ketua Bahagian yang sms Azmin maklumkan. Kalau boleh, minta Azmin berikan sedikit info, supaya mudah nak minta peruntukan lebih dengan Najib.

Jika Kak Wan masih mahukan Nuha, jawabnya akan ada SABOTAJ besar-besaran di Permatang Pauh. Kak Wan pasti tak larat nak fikir. Penat.


Lagipun, bajet Kak Wan tak seperti dulu. Sekarang ini ketat sedikit. Kalau dahulu beg tangan Kak Wan sentiasa ada 2/3 ratus ribu. Sekarang tidak. - blog GA
Jika perkara itu berlaku, nampak gayanya Si Nurul Nuha tu nanti hanya akan jadi buah catur Si Azmin yang boleh ditendang dan diterajang sesuka hati. Jadi, belum tentu lagi Si Nurul Nuha tu akan dapat peluang untuk menjadi wakil rakyat!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Pembangkang terlalu angkoh dan kurang hajar sehingga berlaku biadap pada sultan Perak. Kalau berginilah kelakuan pembangkang jangan harap nak perintah negara. Haramjadah punya pembangkang. Yg PAS bodoh kayu.

    BalasPadam
  2. muka macam anak anwar ibrahim?

    BalasPadam
  3. Dapigs mengajar pas dan pkr menjadi kurang ajar...........pas seronok disogok dapigs untuk menjadi kurang ajar..........

    BalasPadam
  4. Apalah nak jadi bangsa MELAYU ni, Melayu usahlah jadi pembangkang sokonglah k'rajaan kita yg berbangsa MELAYU dn betugama ISLAM sypaya agama bangsa terjaga.Fikir2kanlah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping