Menjelang pemilihan PAS yang bakal diadakan Jun nanti, pelbagai spekulasi kini semakin hangat diperkatakan dipelbagai peringkat terhadap keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat.
Terutama sekali berhubung isu perlantikan semula Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi yang sebelum ini juga pernah dikritrik dipertikaikan oleh ahli diperingkat bawahan.
Dalam pemilihan lepas, beberapa tindakan yang dilakukan oleh Si Asmuni itu mendapat kritikan dari kalangan ahli dan perwakilan kerana terdapat beberapa kejanggalan yang tak masuk akal.
Diantara yang dibangkitkan ialah mengenai nama calon yang tidak dipaparkan didalam kertas undi dan nama calon yang diulang sebanyak dua kali sehingga menimbulkan spekulasi.
Perakara tersebut pernah didedah dan dibantah oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad yang turut mempersoalkan kredibiliti Si Asmuni tu secara terang - terangan.
"Dalam muktamar lepas, saya membantah kertas undi yang bagi saya layak disyaki berlaku penipuan. Bagaimana kertas undi dengan nombor yang sama tetapi sebahagian ustaz namanya hilang daripada kertas undi.
Nama orang lain pula yang menggantikan tempat beliau menjadikannya mendapat undi dua kali untuk satu set kertas undi.
"Jadi ada orang yang namanya dua kali, tetapi ada ustaz namanya tak ada dalam kertas undi sekalipun namanya wujud di dalam senarai calon yang dipamerkan.
Sangat mustahil jika nak diandaikan silap cetak kerana bukan semua kertas undi berlaku kesilapan demikian. Hanya sebahagian kertas undi sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di laman Facebook milik Tuc Tok Usin Ceroi.
Nah! Sekarang kita dapat mellihat betapa TAK ADIL dan TAK BERSIH puak - puak Pakatan Haramjadah tu menjalankan pemilihan dalam parti mereka sendiri sehingga menimbulkan syak wasangka.
Jika sebelum ini, pemilihan PKR didakwa berjalan dengan tidak adil seperti mana yang didedahkan oleh Si Chagubard tu dalam kenyataan yang dibuat melalui laman blog miliknya.
Bahkan, puak - puak DAPigs tu juga turut dilaporkan tidak melaksanakan pemilihan dengan adil sehingga menimbulkan kontroversi yang melibatkan ahli membuat laporan kepada RoS.
Tidakkah itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu hanya sekadar menjadi manusia MUNAFIK yang menuduh orang lain tak menjalankan proses pemilihan yang adil? Kalau setakat pandai cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.