Khamis, Mac 19, 2015

Seorang anggota Parlimen DAP hari ini meminta semua anggota pakatan pembangkang menggantung sebarang bentuk kerjasama dengan PAS buat sementara waktu sebagai tanda protes terhadap tindakan parti itu membentangkan rang undang-undang hudud di Kelantan semalam.

Menyifatkan perbuatan rakan sekutunya itu sebagai satu pengkhianatan terhadap pakatan pembangkang, anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun berkata penggantungan kerjasama itu perlu meliputi semua peringkat dan ia boleh dimulakan pada peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Saya menyeru supaya semua anggota pakatan rakyat mengambil tindakan tegas mulai hari ini dan ia harus bermula dengan Pulau Pinang. Kita perlu menggantung semua bentuk kerjasama dengan PAS di semua peringkat bermula dari peringkat kerajaan negeri termasuk perwakilan PAS di mana-mana agensi kerajaan negeri.
“Kita juga perlu menggantung wakil PAS dalam badan perhubungan antara parti dan di peringkat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) negeri, menggantung perkhidmatan ahli majlis dalam semua pihak berkuasa tempatan dan kalau terdapat pegawai seranta bagi mana-mana ahli Exco, kesemua harus dibekukan buat sementara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan selepas ia ditangguhkan lebih 20 tahun lalu.

Pindaan yang dibentang dan dibahaskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, diluluskan hari ini.

Pindaan kanun itu menyentuh kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dan ia hanya terpakai untuk orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Ooi menyifatkan perbuatan PAS itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sambil berkata pucuk pimpinan DAP perlu membuat keputusan mutlak berhubung tindakan PAS mengkhianati pakatan pembangkang dalam mesyuarat yang akan berlangsung Isnin depan.

Katanya sebagai satu prinsip, DAP juga tidak boleh dilihat campur tangan dalam pemilihan pimpinan PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang akan berlangsung di Selangor, Jun ini.
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. Jangan lupa gantung sekali jawatan Mat Sabu di Pulau Pinang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kadang terasa kita ni melayu dudik kat nwgeri china

      Padam
  2. DAP sudah kepanasan - pemimpinnya sudah macam orang gila

    BalasPadam
  3. Kalau DAP buang PAS maka hilanglah keldai tunggangan DAP

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar dap rasa makan buah kepayang!

      Padam
  4. bukan dap kwn hidup n mati bersama pas ka..awat jd lagu tu..takkan la semua keputusan dap buat pas wajib ikut tp keputusan pas buat dap boleh tolak pula...kata kwn baik, lain la umno..pas awat tak marah kat umno bl umno sokong pas buat hudud..selalu apa yg umno buat pas adalah parti plg vokal hentam...siap gabung ngan dap lg bantai umno...sokong la lagi dap wahai pas depa baik umno kan jahat..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping