Ahad, Mac 29, 2015

Dikala Presiden PAS teruk dihentam oleh puak - puak DAPigs kerana nak melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, jelas tidak mengoyahkan sokongan dari pemimpin - pemimpin lain.

Sekarang, kita tunggu pulak kenyataan dari puak - puak DAPigs Pahang. Adakah mereka akan turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh PAS Pahang ini? Atau diorang akan menentangnya seperti yang telah dilakukan oleh DAPigs Sarawak? Korang fikir la sendiri!!!
PAS Pahang hari ini dengan dokongan Dewan-Dewan dan 14 Kawasannya, menegaskan pendirian menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang Presiden dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS).

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Pesuruhjayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, usaha memertabatkan hukum syariah dalam sistem perundangan negeri Kelantan, selaras dengan dasar dan matlamat PAS sejak belum wujud lagi Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, PAS Pahang mengalu-alukan semua pihak mengambil pendekatan bermaklumat dan berilmu apabila membahaskan isu berkenaan kerana tanpanya hanya akan mendedahkan rakyat kepada kekeliruan tanpa manfaat.

“Usaha tersebut telah bermula sejak sekian lama dalam bentuk taklimat, seminar, ceramah dan dialog kepada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dalam PR.

“Justeru tuduhan bahawa Presiden PAS mengkhianati rakan PR bersabit isu hudud dan beberapa serangan peribadi adalah tidak berasas dan melampau.

“PAS menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS ekoran isu hudud ini sebagai melucukan dan menjatuhkan wibawa mereka sendiri sebagai sebuah parti politik yang matang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang medianya hari ini di bangunan PAS Pahang seusai menyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, ketua-ketua dewan dan semua Yang Dipertua PAS Kawasan-Kawasan.

Tambah Tuan Ibrahim, kepimpinan DAP seharusnya sedar bahawa hubungan politik dalam PR adalah hubungan yang bersifat parti dengan parti, bukan hubungan dengan individu.


Tegasnya, keputusan tersebut bermaksud DAP memutuskan hubungan dengan PAS keseluruhannya dan ini sekali gus menamatkan perjuangan rakyat untuk menamatkan hegemoni BN dalam politik Malaysia.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping