Selasa, Mac 17, 2015

Kalau kita tengok pada wakil rakyat Shah Alam tu, bukan main lagi dia menuntut 'Perubahan' dari segi kepimpinan. Tapi ternyata, aspirasi dia sama sekali tidak dikongsi orang bawahan.

Bertindak diatas kepentingan Politik Peribadinya sendiri tidak mampu untuk mendorong mereka yang berada dibawah kepimpinannya untuk bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu.

Hasrat Si Khalid Samad tu untuk menjatuhkan Hadi Awang dan melakukan perubahan dari segi kepimpinan PAS Pusat telah dicabuli oleh ahli - ahli PAS dikawasan Parlimen dia sendiri.

Ianya berlaku apabila PAS kawasan Shah Alam sebulat suara mengekalkan status quo terhadap kepimpinan PAS Pusat, termasuk jawatan yang kini masih lagi disandang oleh Hadi Awang.

Biarpun ada juga dikalangan ahli dikawasan tersebut cuba untuk menyampaikan aspirasi Si Hadi Awang dan mesyuarat mereka dirasmikan oleh Si Mat Syabun, namun ianya tidak menggoyahkan kedudukan Hadi Awang.

Jadi, tak perlu la Si Khalid Samad tu nak pukul canang dan menjaja aspirasi dia yangdilihat hanya sekadar cenderung untuk menyaksikan perpecahan didalam PAS tu sendiri. Kalau setakat jadi pemimpin yang pandai nak memecah belahkan ummah, baik tak payah!!!
SHAH ALAM: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam di sini pada Ahad sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar PAS ke-61, Jun depan.

Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.


"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sekarang ni Pas di Selangor terlalu confidence dan angkuh dengan anggapan mereka amat kuat dan tidak akan jatuh dalam pemerintahan kerajaan negeri. Rata-rata kita akan lihat "body language" dan guna bahasa dalam ceramah dan kuliah di masjid dan di surau. Semoga Allah turun kan bala kepada parti Pas di Selangor seperti mana Allah memalukan UBN di dalam PRU12.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping