Malu betul ada seorang Mufti macam Dr. Asri ni. Sepatutnya dia lebih matang dalam menjalankan tugas dan tidak bertindak prejudis bagi mana - mana pihak secara terang - terangan.
Tambah memalukan ialah apabila dia mengecam tindakan para pengguna dilaman media sosial yang menyebarkan surat 'penolakkan' yang dikeluarkan terhadap Datuk Ustaz Kazim Elias.
Hakikatnya, tindakan pengguna dilaman media sosial itu menyebarkan surat berkenaan bukan kerana mereka nak mengaibkan Mufti Perlis tu. Tapi mereka hanya melahirkan rasa hairan.
Jelas Mufti Perlis itu, penolakkan itu dibuat kerana mendakwa Datuk Ustaz Kazim menyampaikan riwayat - riwayat palsu yang pernah disampaikan dalam ceramahnya sebelum ini.
"Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan," ujarnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.
Apa yang pasti, tindakan itu tidak sesuai dengan jawatan serta kedudukannya sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama sehingga mencapai taraf Mufti.
Sepatutnya, Dr. Asri memanggil Datuk Ustaz Kazim Elias dan bertanyakan hal sebenar kepada tuan punya badan sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap isu yang dibangkitkan.
Tindakan itu dilihat lebih sesuai diaplikasikan mengikut tuntutan syariah didalam Islam yakni mencari Kebenaran dalam perkara yang syak sebelum mengambil sebarang keputusan dan juga tindakan.
Sebaliknya, Dr. Asri dilihat sengaja membelakangkan tuntutan tersebut dan mengambil tindakan drastik menghukum Datuk Ustaz Kazim Elias tanpa sebarang usul periksa dijalankan.
Kesimpulannya, sebagai seorang Mufti, Dr. Asri perlu bersikap lebih adil dalam menegakkan Kebenaran dan jangan terlalu ikut sangat sentimen prejudis terhadap orang lain. Bab Islam ni, jangan dicampur aduk sangat dengan Politik!!!
Penganjur tak jemput Maza ke jadi ahli panel ?
BalasPadamdulu bila tak di sambung kerja mufti...siang malam maki hamun kerajaan...sekarang dapat kerja semula dah tunjuk kuasa pulak...
BalasPadamDr Maza bukan lah org berilmu sbb tindak tanduknya tidak spt org berilmu... hanya mengikuti hati dan nafsu...
BalasPadamDr maza ni sebenar mencari populariti. Dulu tu dok meroyan bila tak jadi mufti. La ni nak bagi tau orang dialah yg lebih beeilmu dari orang lain.
BalasPadamsiapa yang pilih dia jadi mufti ?
BalasPadam