Heh! Memang basah la kepala sesiapa sahaja yang hadi mendengar ceramah dari Si Nasaruddin Tantawi sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin semalam.
Maka seperti mana biasa, dia ambik la kesempatan itu untuk memutarbelitkan beberapa isu - isu semasa yang mampu untuk memperdayakan rakyat dikawasan Felda Keratong 4 tu semalam.
Diantara isu yang dibangkitkan ialah mengenai sebab musabab yang menjadi punca kenapa puak - puak PAS tu tetap juga bertegas nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin tu.
Kata Si Nasa Tantawi, PAS bukannya tidak menghormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Mereka juga bukannya tidak menghargai keputusan UMNO untuk tidak bertanding di DUN Chempaka.
Tetapi sebaliknya, PAS hanya sekadar mahu 'Meraikan Dasar Demokrasi' yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia. Jadi, soal sama ada mereka tak hormat atau tak menghargai itu tak sepatutnya wujud.
Jelas, alasan yang diberikan oleh Si Nasa Tantawi tu hanya sekadar untuk menutup kemaluan puak - puak PAS tu yang tidak mempunyai 'Jiwa Besar' seperti yang ditunjukkan oleh UMNO.
Soal kedua yang dibangkitkan oleh Si Nasa Tantawi tu ialah mengenai isu perlaksanaan GST. Jelas, isu itu mendapat sambutan hangat dari kalangan mereka yang hadir dimajlis tersebut.
Kata dia, Kerajaan telah bertindak kejam terhadap rakyat dengan menambah cukai tersebut sedangkan dia sendiri tau, cukai GST tu hanya menggantikan cukai SST yang sudah wujud sejak sebelum ini lagi.
Mana mungkin dia tak tau mengenai perkara tu memandangkan dia seorang Ahli Parlimen. Lain la kalau Si Nasa Tantawi tu tak hadir atau pun dia tidur sewaktu isu mengenai GST tu dibangkitkan sewaktu sidang Parlimen.
Malah selaku Ahli Parlimen, dia sendiri pun tidak dilihat bangkit untuk membuat bantahan dan mengambil bahagian dalam membahaskan isu mengenai perlaksanaan cukai tersebut sebelum ini.
Yang lebih menghairankan kita, kenapa Si Nasa Tantawi tu tak cerita pulak mengenai isu perlaksanaan cukai - cukai lain yang turut dilaksanakan oleh Rejim PAS Kelantan sebelum ini?
Mungkin Si Nasa Tantawi tu sedar mengenai perkara tu. Jadi dia cuba nak menjustifikasikan keadaan dengan menyatakan bahawa Islam tidak menghalang Kerajaan kutip cukai, tapi hanya sekadar secukupnya.
Pulak dah!!! Boleh pulak dia kata Islam tak halang Kerajaan nak kutip cukai? Bukan ke sebelum ini kepimpinan atasan PAS tu jugak yang melabelkan kutipan cukai ni sebagai Haram?
Nampak sangat la yang Si Nasa Tantawi tu hanya sekadar cuba nak memutarbelitkkan isu perlaksanaan cukai GST tu demi untuk menghasut rakyat agar membenci pihak Kerajaan. Semuanya demi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je. Bukannya dia buat untuk rakyat!!!
Pasal GST - siapapun bercakap, siapapun bantah, aku sokong - sebab tidak ada satu rakyat Malaysia pun yang sokong.
BalasPadamCuba fahamkan kebaikan cukai GST ni. Ia memansuhkan cukai SST. Cuma nama cukai dan perlaksanaannya yg berbeza kerana GST lebih effectif dari SST. Ini smua untuk pendapatan negara setelah harga minyak turun 50%. Untuk kebaikan negara, saya sokong GST.
PadamManusia ni dari dulu sampai la ni pkiran sama. Hak aku adalah hak aku. Hak kamu bg kat aku. Tp jgn sentuh atau ambil hak aku walau aku tahu itu hak kamu yg dah bg aku. Setiap kali solat n baca alfatihah. Kita mengaku hanya Allah swt tmpat meminta pertolongan. Tetapi kenapa masih ragui. Nabi SAW diutus utk menyatukan Umat Islam. Tapi kenapa nak bergadoh sesama Islam semua ini adalah sebab nak bg Pemimpin yg lain yg tak tentu lebih adil dr yg ada sekarang.
PadamBermakna GST hanya dikenakan kepada rakyat lagi bukan kepada perniaga atau pemborong. Kalau macam itu perniaga dan pemborong mendapat untung besarlah, untung dari rakyat dan mendapat ganti balik 6% dari kerajaan. Rakyat yang rugi GST kena dan cukai tahunan pun kena. Wahai kerajaan ingat2 la rakyat yg susah.
PadamBro 5.56. Itu sbb kalau tak tau belajar. Dah la tak tau tp nk jugak bg komen. Tolong la pg amik tau gst tu apa, camne makanisma. Malu la baca komen bangang camni
PadamAhli politik (bergelar Yang Berhormat) yg meraih kemenangan dalam sesuatu pilihanraya atas dasar fitnah dan tipu daya ada habuannya di akhirat kelak.
BalasPadamLebih2 lagi jika dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
Itu lah warna sebenar para pemimpin sebuah parti yg konon nak laksanakan hudud! UMNO pulak jadi boddow sokong bulat bulat .Parti cap bulan niana parti cap blue niana pernah kenal erti ukhwah islamiyyah.Yg dia kenal selalu ukhwah DAPiah
BalasPadam