Selasa, April 07, 2015

Kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus dikritik pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa rakyat Selangor tidak memerlukan pemimpin retorik dan bersandiwara politik.

Menurut Abdul Khalid, beliau menghargai respons Mohamed Azmin terhadap sesetengah isu dibangkitkan, meskipun jawapannya lebih kepada cubaan memperlekeh legasi sebelum ini.

Dengan nada sinis, Abdul Khalid meminta penggantinya itu membuat keputusan dengan lebih bijaksana.

Adun Pelabuhan Klang itu menempelak Mohamed Azmin dengan berkata, sangat mudah baginya menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan popular tanpa perlu memikirkan impaknya.

“Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya Selangor menentang GST, sedangkan kita tahu hakikatnya semua PBT diarahkan memaklumkan rakyat bahawa GST dikuatkuasakan mulai 1 April.

“Rakyat perlu sedar bahawa kenyataan tersebut yang dibuat Mohamed Azmin di dalam Dun Selangor minggu lepas tidak akan mengubah apa-apa. Hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Abdul Khalid menambah, berdasarkan laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan hujung tahun 2014 seperti yang menteri besar janjikan, malah semakin teruk.

"Longgokan sampah bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan,  jalan tidak bersapu masih kerap. Ini semua bukti kegagalan kaedah 'modified cut-off' yang sebenarnya amat mencurigakan. Tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT,” katanya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu politikus profesional atau seorang negarawan terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. azmin ni satu contoh paling jelas akibat melantik sibebal menjadi pemimpin. bakat & kemahiran langsung takde. jadi mb sebab pegang jawatan tinggi dalam parti. selepas jadi mb terserlahlah kedunguannya. angan2 tinggi, nak jadi pemimpion rakyat [mb] tapi layak jadi ketua kampung jer! konon2 nak jadi pemimpin populist/mesra rakyat ala jokowi tapi tak kena gaya. jokowi memang mesra rakyat sejak dari awal, lama sebelum jadi presiden. mb dibayar gaji bukan untuk cuci longkang, basuh baju ibu tunggal dsbnya. cuci longkang kerja pbt, kalu tak cukup peralatan, belikanlah, bukan mb masuk longkang & cuci. kalu nak tolong ibu tunggal tu, belikan lah mesin basuh. bukan tolong beruskan pakaian tu. sudahlah azmin bangang...semua tu di buat for the cameras!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping