Sabtu, April 11, 2015

Pendirian kepimpinan PKR terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud PAS sudah jelas, Mereka secara terang - terangan membantah dan menolak agar cadangan tersebut dilaksanakan.

Bahkan, kepimpinan PKR juga turut melarang ADUN tunggal mereka di Kelantan untuk mengambil bahagian atau pun berada didalam sidang DUN sewaktu pembentangan isu tersebut.

Malah, PKR juga turut mengugut untuk mengambil tindakan tegas terhadap wakil tunggal mereka itu sekiranya didapati melanggar arahan yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan.

Tapi, macam mana pulak dengan mereka yang terlibat dibawah ni? Adakah PKR juga sanggup untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membantah keputusan pucuk pimpinan?

Katanya, Kelab Akar Umbi PKR sendiri tampil mendesak kepimpinan parti itu agar mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini yang dianggap mencabar ahli.

Pengerusinya yang juga merupakan Naib Ketua Cabang Lembah Pantai (kawasan Nurul Izzah) membuat dakwaan bahawa keputusan tersebut dianggap melulu tanpa mengambil kira pandangan akar umbi.
"Kelab Akar Umbi PKR mohon pimpinan tertinggi PKR rujuk semula perkara besar ini dalam satu kongres parti. Biar ahli akar umbi yang membuat keputusan soal hudud yang melibatkan akidah umat Islam," katanya kepada Bernama ketika ditemui.


Kira-kira 50 ahli kelab dan anggota PKR yang berhimpun secara aman kira-kira 30 minit turut membawa kain banting dengan tulisan "Kami desak Azmin sebagai orang Islam nyatakan pendirian tentang hudud" dan "Pimpinan PKR jangan belakangkan ahli soal hudud".
Nah! Sekarang, adakah PKR berani nak ambik tindakan terhadap mereka? Berani ke PKR nak gantung atau pecat keahlian mereka yang bersuara menyokong perlaksanaan Hukum Hudud PAS ni?

Kalau sebelum ini, bukan main lagi PKR sikit punya berani ambik tindakan tegas terhadap mana - mana ahli yang buat laporan terhadap salah-laku pemimpin sewaktu proses pemilihan parti.

Jadi, adakah mereka juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap ahli akar umbi yang menyuarakan pandangan serta pendapat mereka ini secara bebas? Jangan lepas ni, pucuk pimpinan PKR beri alasan, mereka tak kenal dengan Naib Ketua Cabang PKR tu sudah la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping