Ahad, April 12, 2015

Huh!!! Memang sah la yang Si Menteri Besar Selangor ni tak reti nak buat kerja. Balik - balik kepimpinan dia asyik kena tegur je dengan Tuanku Sultan. Nak harap dia buat kerja sendiri, entah la.

Dan yang kelakarnya, bila setiap kali dia ditegur, pasti dia akan salahkan orang lain. Kali ini, dalam isu slogan #KitaLawan yang diorang nak guna untuk SUKMA, dia salahkan pertubuhan sukan pulak.

Itu membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor ni memang bukan seorang pemimpin yang kompeten untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada dia.

Balik - balik, semua keputusan dan tindakan yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata. Bukannya dia buat kerja tu untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sedangkan apa yang dia cakap sebelum ini pun masih tidak mampu untuk ditunaikan. Sampah sarap masih lagi bersepah merata - rata. Longkang tersumbat masih lagi berlambak - lambak.

Biarpun dia sendiri yang menyatakan komitmen untuk selesaikan masalah tersebut, tapi ternyata semua itu hanya sekadar tinggal harapan kosong. Setakat 'wayang' nak tunjuk kepada rakyat.

Maka, tak heran la kalau setiap kali Si Menteri Besar tu buat keputusan 'Populis' dan suka mengambil kesempatan, dia pasti akan ditegur secara terbuka sama ada dari Tuanku Sultan atau pun dari kalangan rakyat.

Masalahnya bila rakyat bersuara, dia buat - buat pekak je. Tak ambik peduli pun dengan apa yang telah diluahkan. Tapi bila sampai Tuanku Sultan sendiri yang bukak mulut, tau pulak dia menggelupor tak tentu arah!!! Kalau tak reti buat kerja tu, berenti je la!!!
SHAH ALAM: Perbincangan di antara kerajaan negeri dan persatuan sukan negeri akan diadakan bagi melihat keperluan penggunaan slogan Kita Lawan yang mewakili kontinjen Selangor di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 kelak.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari dalam mematuhi titah Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang murka dengan penggunaan slogan berkenaan.

"Saya sudah meminta Amirudin memanggil kesemua persatuan dan pertubuhan sukan negeri untuk menghayati titah Tuanku seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

"Bagaimanapun ini bukan satu keputusan kerajaan negeri, (penggunaan slogan) itu datangnya daripada pertubuhan sukan negeri. Jadi ia belum lagi satu keputusan yang muktamad," katanya yang ditemui media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Shah Alam, tengah hari tadi.
(Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Murka Lagi!!!)
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Tengok la mentor dia sape……bang non. Akauntabiliti mmg takde. Suma taichi

    BalasPadam
  2. Orang 'manja' macam dia ni mana layak jadi MB.Nak tahu macam mana dia ni tunjuk 'manja' tanya Anuar Shaari.dia boleh citer.Hentak kaki macam sotong,alahai.manjanya.

    BalasPadam
  3. PR beri nama lain tapi dia juga yg dilantik.
    Habis tu silap sape ?
    Rakyat ?

    BalasPadam
  4. Agaknya ... maksud sultan ... sebenarnya MB ni tak menepati ciri yg dikehendaki dulu

    BalasPadam
  5. penakut nak masukkan komen orang.. tgk blog PR..kene hentam pun open je komen...
    piraahhhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang komen lu dah masuk... amacam? Blog PR bagi semua komen masuk, tu pasal la ada yang siap buat promosi untuk besarkan batang diorang!!!

      Padam
  6. Dia pandai ka buat kja...asyik berpolitik ja..bila masa dia buat kja untuk rakyat..yg aku tahu..keja dia ni semua org tk btl..dia sndri pun keja mcm kencing bersepah...hrp rakyat slngor buka laa mata ckit..klau kja asyik kena tegur sja..itu bermakna dia ni pandai politik..tp buat kja hancuss..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping