Isnin, April 13, 2015

Huh!!! Memang tak tau malu lansung puak - puak PAS ni rupanya. Kita ingatkan diorang nak bertanding kerana nak memperjuangkan harapan rakyat. Tapi sekadar nak luahkan perasaan je.

Kalau orang lain bertanding, diorang nak bawak perubahan, nak menambah pembangunan didalam kawasan dan juga memajukan kehidupan rakyat. Tapi PAS lain pulak agenda diorang.

Kata Si Tuan Ibrahim, PAS hanya akan menjadikan pentas Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin sebagai medan untuk mereka meluahkan perasaan akibat kekalahan yang dialami sebelum ini.

Tambah Si Pesuruhjaya PAS Pahang tu lagi, mereka akan menggerakkan seluruh jentera, memberikan penerangan dan juga untuk menyatakan sikap terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan.

Selain mengakui PAS agak sukar untuk menang di Rompin, Si Tuan Ibrahim kata ianya bukan soal nak menang sangat Pilihan Raya tu. Tapi untuk memberikan rakyat penjelasan mengenai apa yang berlaku.
“Kita hadapi pilihan raya kadang-kadang bukan soal untuk menang tapi untuk rakyat mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku,” katanya.


“Tak ada yang mustahil, kita akan maksimakan keupayaan, kita mahu rakyat dapat manfaat dengan adanya pilihan raya contohnya jalan diturap," katanya.
Jika sebelum ini, PAS beria - ia buat perhimpunan membantah GST dengan alasan kata ianya menyusahkan rakyat. Mereka tuduh perlaksanaan GST tu membebankan rakyat secara keseluruhan.

Tapi yang herannya, kenapa diorang nak menghabiskan duit rakyat dengan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini? Kenapa diorang tetap juga berdegil sedangkan mereka tau PRK seperti ini akan memakan belanja besar?

Kan lagi bagus kalau diorang bagi je laluan kepada Barisan Nasional untuk menang tanpa bertanding di PRK Rompin ni? Mudah kerja, duit pun jimat. Boleh dibuat untuk membantu rakyat.

Hakikatnya, PAS ni sekadar pandai bercakap je. Dah tau diorang akan kalah, tapi nak jugak mengabihkan duit rakyat dengan mengadakan Pilihan Raya Kecil di Rompin. Nampak sangat la yang diorang ni tak peduli pun dengan apa yang sedang berlaku!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping