Heh! Dalam keterujaan puak - puak PAS ni mempersoalkan isu perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dikenali sebagai GST, mereka terlupa dengan kelemahan diri sendiri.
Jika kita baca persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Fathul Bari, memang jelas tindakan PAS mempertikaikan perlaksanaan GST tu sebagai satu dakwaan yang berat sebelah dan selektif.
Dari apa yang dijelaskan, kalau PAS anggap perlaksanaan cukai GST tu HARAM, maka mereka juga perlu keluarkan fatwa yang sama terhadap perlaksanaan cukai - cukai lain di Kelantan.
"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.
"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram... cukai pintu haram... haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya
Mungkin ada pihak yang terlupa bahawa Menteri Besar Kelantan sebelum ini pernah naik angin dengan rakyat di Negeri Kelantan yang didakwa 'MALAS' nak bayar cukai tanah mereka.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada tahun 2013, MB Kelantan tu menyelar tanggungjawab rakyat di Negeri Kelantan yang dikatakan 'Liat' nak membayar cukai tersebut.
Katanya, hasil keengganan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dalam soal membayar cukai tersebut menyebabkan Rejim PAS Kelantan terpaksa menanggung tunggakan sebanyak RM 21 juta.
"Harga rokok naik lebih RM10 boleh dibeli, tetapi cukai tanah yang dibayar untuk tempoh setahun sekali sukar untuk menjelaskannya," katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.
Nah!!! Sekarang, kenapa PAS Kelantan tak nak hapuskan cukai tanah tersebut? Kenapa mereka masih lagi nak membebankan rakyat sehingga tahap dia nak keluarkan dakwaan seperti itu?
Dah la dia kenakan cukai, lepas tu nak tubuh jawatankuasa untuk ambik tindakan pulak terhadap mereka yang engkar membawa cukai. Tak ke tindakan diorang tu RETORIK belaka?
Hakikatnya, perlaksanaan cukai GST tu dibuat adalah bagi mengelakkan sesetengah pihak lari dari tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tersebut kepada pihak Kerajaan. Itu diantara tujuannya.
Jadi, kalau PAS anggap semua cukai tu HARAM dikenakan kepada rakyat, sepatutnya mereka hapuskan perlaksanaan cukai tanah dan cukai pintu dibawah Rejim pemerintahan mereka sendiri. Bukannya menyindir rakyat yang enggan membayar cukai tersebut!!!
kena batang bengkok sendiri....semua halal...kalau bn semua haram....dasar pakatan haramjadah...
BalasPadamHOK ORE BUAT HARE......HOK MANO KITO BUAT HALA BELAKO......
BalasPadamTU SEBAB ORE LAIN MASUK NERAKO BELAKO......ORE KITO SEMUO MASUK SURGO......TAK GITU ........