Wah!!! Awal nampak gayanya orang dah mula buat spekulasi mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini. Cepat betul bocor rahsianya.
Kalau sebelum ini, ramai pihak diperingkat bawah yang mendesak agar Si Tuan Ibrahim Tuan Man tu sendiri yang bertanding bagi merampas kawasan Parlimen Rompin tu dari Barisan Nasional.
Mereka mendakwa, tidak ada calon yang lebih layak untuk bertanding dikawasan tersebut melainkan Pesuruhjaya PAS Pahang tu sendiri. Tapi, Si Tuan Ibrahim tu bukan la BODOH sangat.
Dia sendiri pun tau. Kalau dia bertanding, lagi banyak la cerita pasal dia akan dikeluarkan didalam laman media. Memang perkara tu akan memberikan lebih banyak kelebihan kepada dia.
Nak pulak dalam kedudukan sekarang ni, dia dok sibuk nak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS tak lama lagi. Sudah tentu ianya akan memberikan dia banyak faedah kalau dia bertanding.
Tapi, itu kalau dia menang. Kalau dia kalah pulak, macam mana? Dah tentu - tentu isu tu akan dijadikan sebagai bahan propaganda Politik Longkang puak - puak Penyokong Mat Syabun tu.
Maka, kebarangkalian untuk Si Tuan Ibrahim tu sendiri turun sebagai calon memang tak masuk akal. Jadi, siapa calon yang akan diketengahkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini?
Dengar - dengar cerita, PAS mencalonkan nama Bekas Ketua Muslimat Pusat, Nuridah Mohd Salleh yang sebelum ini pernah bertanding menentang Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Tapi, takkan la PAS sebodoh itu untuk mempergunakan calon 'Recycle' yang kalah lebih dari 15ribu undi Majoriti sebelum ini. Takkan diorang nak membuangkan masa dengan calon 'Kitar Semula'?
Lain la kalau PAS ni betul - betul takde calon yang mempunyai kelayakkan serta kemampuan untuk menjadi calon. Maka tak heran la jika mereka akan menggunakan semula calon tersebut.
Satu lagi nama yang menjadi pilihan dikalangan puak - puak PAS tu ialah Ketua Pemuda PAS Negeri yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Rompin seperti mana yang sudah kita jelaskan sebelum ini.
Kalau PAS calonkan dia, maka PAS jugak menggunakan calon Recycle sebab Ketua Pemuda PAS tu pernah juga bertanding di kawasan DUN Tioman menentang ADUN Barisan Nasional, Dato' Johari Hussain.
Jika PAS tetap juga mencalonkan mereka, maka tak salah la kalau orang kata PAS ketandusan pemimpin - pemimpin yang layak untuk menjadi calon. Sebab balik - balik, orang yang sama jugak yang diorang akan ketengahkan!!! Dah takde calon lain dah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.