Dato' Hasan Arifin, dijulang oleh Pemuda UMNO selepas diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin |
Kecoh betul puak - puak PAS ni bila Barisan Nasional mengumumkan calon mereka semalam. Sibuk betul diorang nak mempertikaikan soal calon yang diketengahkan oleh parti lawan mereka.
Kalau kita tengok dari satu sudut, diorang pulak yang dok sibuk - sibuk dalam soal nak meremajakan UMNO sedangkan diorang sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan peremajaan tu sendiri.
Kalau baca kenyataan Si Tuan Ibrahim tu, nampak sangat yang dia sendiri pun keliru dengan konsep peremajaan parti yang direncanakan oleh UMNO sebelum ini. Cakap pun main ikut suka hati dia je.
Kata Si Tuan Ibrahim, UMNO hanya sekadar mencalonkan caon yang kitar semula kerana parti itu tidak ada perkara baru atau wawasan baru yang hendak dibawa kepada rakyat diperingkat bawahan.

“Memang kita dah jangka Datuk Hassan dipilih dan bagi PAS ini calon kitar semula kerana tiada perkara baru atau wawasan baru,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Hasan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hasan, juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999 semasa menjadi ADUN Bukit Ibam sebelum mengundurkan diri pada tahun 2004.
Dalam pada masa yang sama, Si Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS Pusat tu kata, parti itu akan menawarkan calon berwibawa dan muda kali ini bagi pilihan penduduk Rompin.
Kesimpulannya, PAS tetap terasa tergugat kerana pencalonan Dato' Hasan mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan pemimpin serta rakyat dikawasan Rompin. Tetapi turut disokong penuh oleh Anak Muda.
Perkara itu dilihat jelas apabila Dato' Hasan dijulang oleh Pemuda UMNO Rompin yang turut berikrar untuk berkerja keras disepanjang Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini.
Hakikatnya, PAS lupa bahawa Ketua Pemuda UMNO Rompin, Dato' Johari Hussin telah pun diberikan mandat oleh rakyat DUN Tioman untuk mewakili mereka sebagai pemimpi anak muda.
Bahkan, Barisan Nasional cukup menghargai kepimpinan anak muda apabila Dato' Johari juga diberikan peluang untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Pahang. Jadi, tak payah la PAS nak rasa tergeliat bila Barisan Nasional mencalonkan nama Dato' Hasan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.