Selasa, April 14, 2015

Huish!!! Gila ke apa? Takkan la Si Mat Syabun tu se-BODOH itu kot? Tak mungkin dia akan melepaskan peluang keemasan yang terpampang depan mata dia sendiri? Dah tentu - tentu dia akan ambik kesempatan.

Nak pulak bila dia dengar cerita kata Pak berahim tu akan buat benda yang sama dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. Lagi la Si Mat Syabun tu akan menggunakan peluang ni sebaik mungkin.

Lagi pun, dalam kedudukan sekarang ni, Si Mat Syabun tu dilaporkan sedang berada jauh dibelakang Pak Berahim dalam pencalonan bagi mengekalkan jawatan dia sebagai Timbalan Presiden.

Jadi, inilah peluang sebaik - baiknya untuk dia juga menonjolkan nama dia didalam laman media dan mempergunakan peluang tu untuk mencari Publisiti Murahan dikalangan perwakilan.

Dalam kesempatan PKR nak menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh ni, Si Mat Syabun tu tiba - tiba pulak sibuk nak tawarkan diri untuk membantu jentera PKR dikawasan tersebut.

Katanya, dia akan pastikan calon UMNO yang bertanding dalam Pilihan Raya tersebut hilang deposit sekali gus membuktikan iltizam dia untuk membantu jentera PKR yang dah menghina PAS sebelum ini.
Ditanya sama ada PAS akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh, Mohamad (kanan) menjawab:

Siapa sahaja calon dalam PRK kita akan bantu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.


Katanya lagi, beliau yakin PKR akan memenangi di Permatang Pauh dan akan berusaha untuk menambah jumlah majoriti.
Itu yang membuatkan kita rasa pelik. Kenapa pulak Si Mat Syabun tu beria - ia sangat nak membantu PKR sedangkan dia tau yang kawasan Parlimen Permatang Pauh tu bukan tempat PAS?

Bahkan sebelum ini, jentera PAS Pulau Pinang sendiri pun dah ada yang menyatakan hasrat untuk tidak membantu PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen tersebut kali ini.

Alasan yang mereka berikan, kebiadaban yang ditonjolkan oleh puak - puak PKR yag dilihat menghina Hadi Awang secara terbuka adalah satu tindakan yang melampau dan tidak boleh dimaafkan.

Jadi, kenapa pulak Si Mat Syabun tu beria - ia pulak nak membantu PKR untuk membuatkan calon Barisan Nasional hilang deposit? Bersemanagt sungguh dia nak berkempen untuk PKR.

Sudah pasti jawapannya sama jugak macam Si Pak berahim tu. Hakikatnya, Si Mat Syabun tu nak menggunakan peluang ni untuk melonjakkan nama dia dikalangan ahli - ahli PAS bagi pemilihan parti tu Jun nanti.

Kalau Pak Berahim boleh gunakan pentas PRK Rompin untuk meraih Populariti Murahan, kenapa tidak Si Mat Syabun ni menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pauh? Akhirnya nanti, diorang pakat berkempen untuk diri sendiri je, bukannya untuk rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Saudara Admin. Jangan panggil dia MAT SYABUN. Camana kita gelarkan dia MAT SONDOL SEBAB FOTO DIA PUN DAH BUNTAL MACAM BINATANG YANG SUKA MENYONDOL. DULU DIA SONDOL NORMAH. SEKARANG DIA SONDOL UMAT ISLAM SEMALAYSIA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping