Nampak gayanya, puas jugak puak - puak PAS ni nak bersilat pasal isu berkaitan isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dilihat tidak menjadi isu utama dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni.
Walaupun dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu kata mereka akan menjadikan medan Pilihan Raya Kecil ini sebagai pentas untuk menjelaskan mengenai isu tu, tapi setakat ini takde pun yang disebut.
Diatas pentas - pentas ceramah, kebanyakkan pemimpin PAS hanya sekadar membangkitkan isu - isu Nasional dan lansung tidak menyebut isu berkaitan dengan pelaksanaan Hukum tersebut.
Kalau di Pulau Pinang, PAS takut nak sebut pasal isu perlaksanaan Hukum Hudud dan perkara itu dinyatakan secara terbuka. Tapi logiknya, Permatang Pauh tempat PKR bertanding.
Berbeza dengan keadaan di Pahang dimana PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni. Tapi kenapa diorang masih jugak TAKUT nak sentuh isu pasal Hukum Hudud?
Jika sebelum ini, PAS memberikan alasan DAPigs tak turun membantu mereka hanya kerana disebabkan jumlah pengundi dari kalangan warga Cina yang tak berapa ramai dikawasan Rompin.
Namun hakikatnya, DAPigs sendiri memboikot kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kerana tidak sehaluan dengan PAS diperingkat pusat. Maka sebab itu diorang mengabaikan PAS di Rompin.
Hakikat itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Malah Si Tuan Ibrahim Tuan Man tu sendiri dilihat hanya sekadar cuba nak menipu rakyat dengan memutar belitkan kenyataan dia sendiri.
ROMPIN: PAS tidak perlu mendapat restu sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mempromosikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kepada orang ramai semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
"Bagi menjelaskan isu (hudud) tak perlu restu daripada PKR atau DAP. Isu ini menjadi tanggungjawab PAS dan orang Islam bagi mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat," katanya kepada mStar Online.
Dari kenyataan yang dikeluarkan, nampak sangat Si Pak Berahim ni sendiri takut nak menegakkan dasar perjuangan parti sendiri. Bak kata orang Ulu Cheka, "He's lying between his own teeth".
Kesimpulannya, PAS merupakan sebuah parti yang memang takde pendirian. Pemimpin - pemimpin mereka lebih rela menjadi Pak Angguk Saja kepada orang lain dan meminggirkan perjuangan parti sendiri.
Semuanya kerana apa? Kerana mereka hanya sekadar mementingkan soal menjaga kedudukan Politik Peribadi diri mereka sendiri. Jika tidak, kenapa diorang takut sangat nak sebut pasal isu perlaksanaan Hukum Hudud dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.