Selasa, April 28, 2015

Perbalahan diantara Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Si Khalid Samad ni bukan satu rahsia. Bahkan ianya kini boleh dianggap sebagai satu rahsia terbuka dan diketahui oleh semua orang.

Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ini pernah mempertikaikan dan mendesak agar jawatankuasa PAS Pusat merujuk Si Khalid Samad tu ke Jawatankuasa Disiplin.

Alasan yang diberikan ialah kerana Si Khalid Samad tu kuat mengkritik dan mengutuk Hadi Awang secara terbuka selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. Tapi sehingga hari ini, takde tindakan pun yang diambil.

IRONIKnya, puak - puak PAS ni sibuk pulak nak ambik tindakan terhadap orang yang mati - matian mempertahankan dasar perjuangan parti. Yang mati - matian nak menegakkan Hukum Hudud.

Dek kerana Pemuda PAS Pulau Pinang enggan memberikan kerjasama dan menghulurkan bantuan kepada jentera Pilihan Raya Kecil PKR di Permatang Pauh, maka dia bakal berhadapan dengan tindakan.

Semuanya hanya kerana Ketua Pemuda PAS tu tetap mendesak agar PKR membuat permohonan maaf secara dan menarik semula keputusan menolak perlaksanaan Hukum Hudud.

Itu yang peliknya. Kenapa pulak orang yang beria - ia nak mempertahankan perjuangan parti pulak yang nak dikenakan tindakan tapi orang yang mengutuk parti sendiri dilepaskan begitu saja?

Perkara yang sama juga pernah berlaku sebelum ini bila Si Khalid Samad tu kuat mengutuk dan mempertikaikan Datuk Dr. Hassan Ali tapi tidak juga dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Sebaliknya, Datuk Dr. Hassan Ali pulak yang dipecat dari PAS hanya kerana semata - mata dia membantah penyeratan ahli PAS dalam Himpunan yang membela Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Dari satu sudut, nampak sangat la yang puak - puak PAS ni lebih mementingkan soal nak menjaga kepentingan PKR dan tidak mengendahkan lansung dasar perjuangan parti sendiri.

Maka sebab itu rakyat perlu lebih bijak untuk menilai dan membuat pertimbangan. Sama ada mereka mahu memilih wakil rakyat yang benar - benar memperjuangkan rakyat atau memilih pemimpin dari kalangan manusia yang MUNAFIK!!! Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping