Jika tadi kita dah baca ulasan mengenai jemputan yang dibuat oleh Si Din Pudu kepada Tun Mahathir untuk berkongsi pentas bersama - sama PAS bagi kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni.
Antara lain Si Din Pudu tu kata, jemputan itu dibuat sebab Tun Mahathir kuat mengkritik pentadbiran Kerajaan yang didakwa berlaku kepincangan ekoran isu berkaitan dengan GST dan 1MDB.
(Artikel Berkaitan: Video PAS Semakin Terdesak Di #PRKRompin!!!)
Tapi, Si Din Pudu tu terlupa yang Mantan Perdana Menteri Malaysia tu juga turut mempertikaikan soal berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan sebelum ini.
Kata Tun Mahathir, PAS hanya sekadar pandai mempergunakan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu demi untuk memastikan kelansungan Politik mereka semata - mata. Bukannya kerana Islam.
"Hudud yang dicadangkan PAS bukan hudud Islamik, tetapi hudud PAS kerana ianya (bersifat) tidak adil.
"Apa niat PAS? Ia bukannya kerana Islam tetapi kerana hendak memenangi pilihan raya," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu.
Dalam erti kata lainnya, Tun Mahathir menganggap PAS hanya menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud untuk memenuhi kehendak agenda Politik Peribadi mereka sendiri.
Ekoran teguran Tun Mahathir terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud tu, Presiden PAS, Hadi Awang menyelar tindakan Mantan Perdana Menteri Malaysia tu dan mendakwa dia tak tau apa - apa.
Dari satu sudut, Hadi Awang selaku Presiden PAS awal - awal lagi dah menolak penyertaan Tun Mahathir diatas pentas yang sama dengan PAS hanya kerana Tun Mahathir mengkritik soal Hukum Hudud.
Jadi persoalannya sekarang, adakah Si Din Pudu tu berani nak menentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden partinya sendiri? Dia tak takut ke kalau dikenakan tindakan disiplin selepas ini?
Sepatutnya, Si Din Pudu tu perlu kerap panggil Si Hadi Awang tu turun ke pentas ceramah demi untuk menyelamatkan maruah PAS. Kalau sibuk nak panggil orang lain je, nampak sangat la yang pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri pun dah semakin terdesak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.