Ahad, April 26, 2015

Fuh!!! Kalau bercakap, macam la dia bagus sangat. Dah la parti yang dia ketuai tu pada ketika ini sedang menghadapi masalah dalaman yang cukup kronik. Perbalahan berlaku secara terbuka.

Pun masih lagi Si Hadi Awang tu tak mampu nak selesaikan kemelut yang melanda parti dia sendiri. Tapi masih lagi dia tak sedar diri? Masih lagi dia nak rasa yang diri dia lebih bagus dari orang lain?

Si Hadi Awang tu sedar atau tidak mengenai usaha gerakan sesetengah pihak didalam barisan kepimpinan dia sendiri yang cuba nak menyingkirkan dia sebagai Presiden parti dalam pemilihan nanti?

Kalau Si Hadi Awang tu sedar, jadi adalah lebih baik dia selesaikan dulu urusan dalaman pentadbiran parti dia sendiri. Jangan dia nak sibuk jaga tepi kain orang sedangkan kain dia sendiri pun koyak rabak.

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Si Hadi Awang tu dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin semalam, Si Hadi Awang tu dengan selamba je dia MENIPU rakyat pasal isu GST.

Si Hadi Awang tu dengan rasa tak malunya cuba nak memanipulasikan isu perlaksanaan cukai GST tu dengan membuat dakwaan mengenai isu harga minyak petrol dan juga harga garam.
"Semua barang kena GST. Ada barang yang tidak kena seperti budu, belacan dan cencaluk. Tapi nak buat budu, belacan perlu ada garam. Garam kena import. Nak jual budu, kena angkut menggunakan kereta, lori. Lori pula perlu guna minyak. Pusing-pusing mesti kena GST," katanya di ceramah perdana anjuran parti itu di Felda Keratong 4 malam tadi.
Mungkin Si Hadi Awang tu tak tau. Harga minyak RON 95 dan juga Diesel merupakan diantara barang yang tidak telah dikecualikan oleh pihak Kerajaan daripada perlaksanaan cukai GST. 

Begitu juga dengan garam. Pun ianya merupakan diantara barang keperluan asas yang turut dikecualikan dari perlaksanaan cukai GST selain daripada gula serta makanan basah termasuk ikan dan sebagainya. 

Perkara itu telah pun ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri sejak Oktober tahun lepas lagi. Takkan la Si Hadi Awang tu boleh lupa mengenainya sedangkan dia merupakan seorang Ahli Parlimen?

Tapi, tak pelik la kalau Si Hadi Awang tu tak tau mengenai pengumuman tu. Sebab selama hari ini pun, dia bukannya rajin nak pergi ke Parlimen. Sebaliknya, dia yang Paling Malas dan Paling Kuat Ponteng dari menghadiri sebarang mesyuarat. Termasuk la sidang Parlimen!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping