Isnin, April 27, 2015

Nampak la yang PAS selama hari ini hanya sekadar pandai bercakap je. Tapi kalau bab nak melaksanakan, jangan mimpi. Hakikatnya, PAS memang takkan mampu nak menjamin kebajikan rakyat.

Contohnya cukup mudah. Belum dapat apa - apa jawatan, Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini dah pandai nak buat dakwaan dan kesimpulan sesuka hati dia je. 

Jika sebelum ini, Calon PAS tu ditanya oleh pihak wartawan mengenai isu yang berkaitan dengan anak muda dikawasan Parlimen Rompin pada ketika ini. Calon PAS tu kata, anak muda di Rompin ni suka melepak.

Bahkan, Calon PAS tu juga turut mendakwa ibu bapa dikalangan warga peneroka Felda yang bertanggungjawab tidak pandai nak memberikan pendidikan kepada anak - anak mereka.

Selain itu, Calon PAS tu juga turut membuat perbezaan ibu bapa warga Peneroka ini tidak sama seperti ibu bapa mereka yang duduk di bandar dimana soal pendidikan itu diberikan keutamaan.

Dalam erti kata lainnya, Calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni menganggap ibu bapa warga peneroka Felda ni tak bertanggung dalam soal menjaga pendidikan anak - anak muda.

Dan disebabkan itulah Calon PAS tu buat dakwaan yang anak - anak muda dikawasan Parlimen Rompin ni suka melepak tak tentu arah dan hanya sekadar pandai membuang masa.

Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Calon PAS tu bertentangan dengan amalan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dimana soal pendidikan itu dijadikan satu keutamaan bagi mereka.
Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan BSM kepada penerima. Untuk daerah Rompin sahaja, 40 penerima HPC dan 784 penerima BSM - yang teramai berbanding di daerah-daerah lain.
Buktinya jelas apabila Rompin menjadi kawasan yang paling ramai menerima bantuan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) yang melibatkan seramai 784 orang pelajar secara keseluruhannya.

Itu membuktikan bahawa pihak Kerajaan cukup menitik beratkan soal pendidikan dikalangan anak - anak muda dan cukup bertanggungjawab menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dan apa yang lebih menarik, jumlah 784 orang pelajar tu bukan sahaja melibatkan mereka dari kalangan anak - anak penyokong Barisan Nasional je. Tapi turut melibatkan anak - anak orang PAS sekali!!!

Jadi, soal ibu bapa tak bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada anak - anak dan membangkitkan soal anak - anak muda yang suka melepak seperti yang dibangkitkan oleh Calon PAS tu tak sepatutnya timbul. Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik Tak Payah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping