Haduiyai! Kenapa la zalim sangat puak - puak SPR ni ek. Sampai hati diorang mengguriskan hati dan perasaan keluarga Si Nurul Izzah ni dan tidak membernarkan Si Ketua Penipu tu mengundi.
Kejam sungguh! Kenapa diorang tak benarkan orang dalam tahanan untuk mengundi? Sepatutnya diorang perlu dilepaskan untuk tunaikan tanggungjawab mereka. Kesian keluarga dia tau.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan permohonan tidak masuk akal dari Nurul Izzah yang mahukan ayahnya diberi layanan istimewa untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
KLChronicle juga ada menulis tentang perkara ini disini [Hilang Sokongan Rakyat, Kini @N_Izzah Mahukan Banduan @anwaribrahim mengundi pada #PRKPermatangPauh].
Namun hari ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung isu yang dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah tu sebelum ini.
Merujuk kepada laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah, bahawa Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas menyatakan bahawa seseorang itu akan hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya seseorang itu:
1. Pada tarik kelayakan ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau
2. Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi 12 bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.
Oleh yang demikian, memandangkan Anwar Ibrahim merupakan orang yang masih dalam tahanan, maka SPR tidak mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa beliau dibenarkan untuk keluar mengundi semasa PRK Permatang Pauh.
Nah! Itu yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijadikan sebagai garis panduan oleh pihak SPR. Si Nurul Izzah tu jangan nak meroyan pulak bila dia baca laporan yang dikeluarkan ni.
Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu bukannya tak tahu wujudkan perenggan tu dalam Perlembagaan. Tapi dia saja je buat - buat tak tau supaya dapat mengelirukan rakyat serta pengundi.
Dengan cara tu, boleh la dia sambung drama 'Air Mata Buaya' demi untuk meraih undi dari kalangan rakyat di Permatang Pauh dengan menjaja cerita kononnya Papa dia dizalimi dan dianiayai oleh Kerajaan. Itu je la modal yang dia ada pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.