Selasa, April 28, 2015

Nampak gayanya, ada jugak Macai dari kalangan penyokong Si Mat Syabun tu yang meroyan tak tentu arah bila pemimpin Pro DAPigs tu dihalau dari membuat ceramah di Rompin.

Katanya, punca perkara itu berlaku kerana PAS Rompin tak suka pada golongan Liberal. Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi membuat dakwaan itu berdasarkan sumber tertentu.
“Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah ada cawangan-cawangan (PAS) yang diarahkan supaya jangan mengizinkan Abang Mat Sabu berceramah di tempat mereka.“
Jadinya, yang akan berkempen di Rompin tu hanyalah manusia-manusia macam Nasrudin Hassan At Tantawi, Nik Mohamad Abduh, Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sahaja.
“Biarlah puak-puak ni je yang berceramah di Rompin. Kita tengok lah jutaan manusia yang akan mendengar ceramah mereka,”dakwanya.
Malah, Si Tulang Besi tu juga turut mendakwa calon PAS untuk PRK Rompin, Ustaz Nazri Ahmad adalah anak buah kesayangan Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

Dakwanya, Mazlan Mohamed Yasin, Yang Dipertua PAS Rompin yang pro PR telah disingkirkan dalam pemilihan yang lalu dan diganti dengan Yang Dipertua baharu, Ustaz Nazri Ahmad.
“Waktu pemilihan parti semua yang pro Pakatan Rakyat dibersihkan. Itulah yang berlaku di Rompin di mana YDP yang dilihat pro Pakatan Rakyat dibuang oleh geng-geng (Mokhtar) Senik dan diganti dengan YDP yang ada sekarang ni. Tiba-tiba ditakdirkan Allah berlaku PRK Rompin.“
"Bila berlaku macam ni, puak yang sama tadi nak kita semua menyokong calon sempit dan bongkak mereka. Hendakkan Pakatan Rakyat menyokong calon mereka. Nak kita semua bergolok bergadai untuk memenangkan mereka.
Kesimpulannya, bagi Si Tulang Besi ni, tindakan puak - puak PAS yang Pro Ulama menghalau Si Mat Syabun dari berceramah sebelum ini adalah satu tindakan yang sangat BIADAP.

Malah, dia menganggap Si Mat Syabun tu sebagai 'Bakal Presiden PAS' yang akan menggantikan Si Hadi Awang. Jadi, sebab itu dia meroyan tak tentu arah bila Si Mat Syabun tu diperlakukan sedemikian.

Tapi, mungkin Si Tulang Besi tu lupa yang Si Mat Syabun tu sekarang ni pun dah tak semakin popular. Kalau dia masih lagi kekal popular seperti sebelum ini, sudah pasti jumlah undi dia untuk kekalkan jawatan lebih tinggi dari orang lain!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping