Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Barisan Nasional sudah pun mengumumkan nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti.
Kini, sudah pasti semua tumpuan diberikan kepada puak - puak PKR tu pulak untuk mengumumkan calon yang bakal dipertandingkan bagi mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu.
Siapakah diantara mereka yang bakal dijadikan sebagai korban kali ini? Adakah puak - puak PKR tu tetap juga akan mempergunakan calon 'Recycle' yang suatu ketika dahulu pernah mengkhianati rakyat?
Adakah puak - puak PKR akan menamakan Si Wan Azizah, ADUN Kajang tu sebagai calon yang akan menggantikan suami dia yang telah dipenjarakan seperti yang pernah dia buat sebelum ini?
Atau, adakah mereka akan mempertaruhkan Si Nurul Nuha tu sebagai pengganti Papa dia walaupun dia pernah menolak dakwaan tersebut? Adakah PKR sanggup nak campak Si Nurul Nuha tu dalam kancah Politik?
Nama yang paling hangat menjadi sebutan dikalangan rakyat pada ketika ini ialah Si Siputdin Nasution, Bekas Setiausaha Agung parti yang telah digugurkan kerana tak popular dikalangan ahli.
Tapi, kalau kita dengar kenyataan yang diberikan oleh Si Nurul Izzah ni, tak mungkin nama Si Siputdin tu yang akan naik menjadi calon. Si Siputdin tu bukannya ada 'kedudukan tinggi' dalam parti.
Bahkan Si Siputdin tu pun boleh dianggap sebagai seorang calon yang tak popular dikalangan ahli parti sendiri. Jika tidak, kenapa pulak dia boleh kalah ditangan Si Azmin Ali tu sebelum ini?
Jadi, mustahil kalau Si Siputdin tu yang jadi calon bagi mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu di Permatang Pauh. Namun, semua teka teki dan persoalan itu bakal terjawab jugak hari ini bila diorang buat pengumuman.
Apa yang pasti, walau siapa pun yang akan dicalonkan kelak, puak - puak PAS di kawasan Permatang Pauh dan Pulau Pinang tu tetap jugak enggan memberikan kerjasama kepada jentera PKR. Bagi diorang, HARAM untuk menyokong parti yang menolak Hukum Hudud!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.