Huh! Nampak gayanya, kemaruk Gila Kuasa yang kini sedang menular dikalangan puak - puak PAS tu dah semakin bertambah kronik. Takde ubat dah yang mampu untuk menyembuhkan penyakit diorang ni.
Kalau dulu, PAS seringkali menunding jari kepada UMNO dan menjaja cerita kononnya pemimpin - pemimpin UMNO ni semuanya Gila Jawatan. Tapi sekrang, dah kena batang hidung diorang sendiri.
Dek kerana nak sangat kejar jawatan sampai sanggup diorang buat perbuatan keji terhadap pemimpin sesama sendiri. Jika sebelum ini, Si Nizar Lilin tu yang didakwa telah menjadi mangsa.
Katanya, Si Nizar Lilin tu kena cantas dari jawatan selaku Yang DiPertua Kawasan kerana wujudnya surat layang sebelum mesyuarat Kawasan dijalankan. Tapi, takde bukti pun yang dikemukakan.
(Artikel Berkaitan: Nizar Lilin, Dah Kalah Tu Kalah Je La!!!)
Kali ini, giliran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor pulak yang ditimpa nasib yang sama. Katanya, Si Dr. Rani tu dicantas kerana dia tidak menyokong kepimpinan Ulama yang menerajui parti.
Dari laporan yang kita terima, Dr. Rani telah ditewaskan dalam pemilihan diperingkat Kawasan oleh seorang wakil dari kumpulan puak - puak Ulama dengan jumlah undi sebanyak 114 sahaja.
Maka dengan itu, Dr. Rani menjadi orang yang ketiga dicantas oleh kepimpinan akar umbi PAS yang jelas menolak puak - puak Pro Liberalis didalam PAS selepas Nizar Lilin dan juga Bekas Pesuruhjaya PAS Melaka.
Jelas mereka yang Pro menyokong Dr. Rani, tindakan mencantas Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu jelas sesuatu yang tidak sewajarnya. Mereka yang terlibat jelas tidak menghargai jasa dia.
"Semasa menjadi pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani berjaya membawa PAS negeri ke aras paling tinggi apabila ia mencipta sejarah mendapat 15 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 berbanding 8 kerusi dalam PRU sebelumnya." jelas laporan tersebut.
Huh! Sekarang, baru la diorang sibuk nak cerita pasal jasa? Tapi kenapa sebelum ini bila orang mintak supaya diorang tak bertanding dalam PRK Rompin demi menghormati jasa Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, kenapa diorang buat - buat tak tau?
Kenapa diorang tetap juga berkeras nak bertanding? Itu membuktikan puak - puak PAS ni hanya sekadar RETORIK je dalam perjuangan diorang sebenarnya. Hakikatnya, diorang pun Gila Kuasa jugak!!! Cuma diorang tak cukup TELOR nak mengaku!!!
PS: Korang sendiri pikir la. Kalau sesama sendiri pun diorang sanggup 'Main Tikam Belakang' dan saling tak mempercayai antara satu sama lain, macam mana dengan nasib rakyat nanti? Dah tentu - tentu diorang buat - buat tak tau je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.