Fuh!!! Ada juga artis yang tak suka diberikan gelaran sebagai artis Terkaya di Malaysia ni ek. Ingatkan bila dah jadi artis, semua gelaran pun diorang terima dengan hati yang terbuka.
Kalau dalam anugerah yang biasa diadakan di Malaysia ni, semua benda nak diberikan gelaran. Arti Paling Popular, Arti Paling Meletop, Artis Paling Versatil, Artis Paling itu dan ini.
Tapi bila bab nak bagi gelaran Arti Paling Kaya pun ada jugak yang tolak ek? Sebab apa dia tolak gelaran yang diberikan tu? Adakah artis tu rasa dia masih belum cukup kaya lagi ke sehingga hari ini?
Kata artis tersebut, dia masih lagi perlu bekerja keras untuk membantu menyara keluarganya. Jadi, status Artis Paling Kaya tu kiranya masih belum cukup sesuai diberikan pada ketika ini.
“Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja. Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti,” katanya.
Tinggal lagi, artis tu kena ingat juga. Kaya ni tak semestinya diukur dengan harta dunia. Sebaliknya, kaya budi bahasa, kaya bahasa pun boleh jugak. Lagi pun, tak salah jika artis tu dianggap Paling Kaya di Malaysia sebab jumlah peminat dia saja dah lebih Satu Juta!!!
PS: Bagus jugak la artis tu tak nak mengaku yang dia artis wanita paling kaya di Malaysia ni. Setidak - tidaknya, takde la dia POYO sangat tak tentu arah macam Si Ostazah Pening tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.