Selasa, Mei 19, 2015

Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor tu digesa untuk mendedahkan gaji, elaun dan bonus pegawai atasan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). 

IRONIKnya, desakan itu datang daripada ADUN DAPigs Lau Weng San, yang pernah mengajukan soalan yang sama kepada Azmin dalam pertanyaan bertulis di sidang DUN Selangor pada Mac lalu.

Namun katanya, jawapan yang diterima setakat ini hanya mendakwa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menjadi halangan butiran lanjut mengenai isu tersebut daripada didedahkan.
"Saya minta kerajaan negeri percepatkan proses menjawab kerana sehingga sekarang kami belum mendapatkan apa-apa lagi makluman. 
"Sekatan yang dikenakan oleh akta itu tidak berkaitan dengan soalan yang kami tanya," katanya pada satu sidang media di lobi bangunan annexe DUN Selangor hari ini.
Lau dalam pertanyaan bertulis kepada Azmin Mac lalu mahu kerajaan negeri menyenaraikan gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Namun, jawapan bertulis yang diterimanya menggesa Lau mengemukakan permohonan bertulis kepada Azmin atau setiausaha dewan. Jawapan bertulis itu turut mengingatkan Lau supaya bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut yang tertakluk di bawah PDPA.

Lau juga turut berkata, Seksyen 2 PDPA menjelaskan akta itu hanya terpakai kepada data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial. Katanya, Seksyen 3(1) akta itu juga menjelaskan ia tidak terpakai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
"Kami bertanya tentang gaji dan bonus. Saya tidak percaya ia transaksi komersial. Ia bukan bentuk jual beli.
"Saya percaya syarikat yang dimiliki kerajaan, ia sebahagian daripada kerajaan dan tidak harus dianggap syarikat biasa.
"Ia juga perlu diumumkan kepada ADUN yang bertanya soalan dalam Dewan," katanya gesaan itu dibuat kerana mahu memelihara aspek ketelusan.
Sementara itu, Adun Kinrara Ng Sze Han berkata pertanyaan bertulisnya yang mahu penjelasan Azmin mengenai jumlah bayaran kepada ahli lembaga pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI) turut terhalang akta sama.

PS: Jangan lepas ni Si Azmin tu keluarkan alasan kata dia 'Tak Kenal' ADUN DAPigs ni sudah la!!! Memang nampak sangat la yang Si Azmin tu seorang pemimpin yang BACUL!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. AISKERIM DALAM JAMBAN BOLIH TUNJUK. SEBAB TIADA PDPA. KAH KAH KAH........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping