Ahad, Mei 10, 2015

Hahaha!!! Jangan meroyan awal sangat la Husam oi!!! Kot ye pun kemaruk sangat nak kejar jawatan Presiden PAS, jangan sampai diri sendiri terjebak dengan Fitnah terhadap orang lain.

Atau, adakah tindakan yang dilakukan oleh Si Husam Musa ni mendapat kelulusan dari Jawatankuasa PAS Pusat yang dan bersetuju untuk menghalalkan Fitnah terhadap orang lain?

Bab itu, kita tak pasti pulak. Tapi apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam Musa ni membuktikan yang dia seolah - olah sedang 'Kepanasan' bila dengar cerita Tabung Haji nak jual balik tanah TRX tu.

Soalnya, kenapa Si Husam Musa tu nak mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh Tabung Haji? Kenapa pulak dia sibuk nak bangkitkan soal integriti, kredibiliti dan sebagainya?

Isu Pokoknya sekarang ni, puak - puak Pakatan Haramjadah tu menjaja cerita KONONnya Tabung Haji beli tanah milik 1MDB tu dengan menggunakan duit rakyat yang menyimpan dalam tabung tu.

Kiranya mereka dakwa Tabung Haji guna duit Pak Abu, Pak Ali dan Macik Senah yang ada dalam simpanan untuk membeli tanah tersebut. Itu bahan FITNAH yang sedang dijaja mereka ketika ini.

Dakwaan yang mereka lakukan tu hanya sekadar nak menunjukkan yang pihak Pengurusan Tabung Haji tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan betul seperti yang diharapkan.

Puak - puak Pakatan Haramjadah macam Si Husam tu nak buat persepsi KONONnya pihak pengurusan Tabung Haji cuba menyeleweng duit rakyat yang menyimpan dalam tabung tersebut.

Itu sebenarnya niat puak - puak Pakatan Haramjadah macam Si Husam Musa tu. Tapi hakikatnya, mereka tak pulak menjelaskan kepada rakyat yang Tabung Haji memiliki aset keuntungan lain.

Tabung Haji ada kawasan tanah ladang. Tabung Haji ada bangunan mereka yang disewa kepada orang lain. Tabung Haji juga ada Hotel yang dibuka dan digunakan oleh orang lain di Mekah.

Malah Tabung Haji juga ada duit di Pasaran Saham yang mampu untuk menjana keuntungan kepada mereka. Maka, dakwaan KONONnya Tabung Haji hanya ada duit pendeposit sahaja adalah TIDAK BENAR.

Mudah kata, Tabung Haji menggunakan keuntungan dari aset yang mereka miliki untuk membeli dan menambah aset mereka yang sedia ada. Bab tu, Si Husam Musa tak nak pulak bangkitkan.

Jadi sekarang ni, sudah pasti Si Husam tu terjerat dalam perangkap dia sendiri sehingga membuatkan dia meroyan bila Tabung Haji nak jual balik tanah tersebut dengan keuntungan sebanyak RM 5juta!!! Lepas ni, dah tentu - tentu dia takde alasan nak buat Fitnah!!!

PS: Kalau Si Husam tu nak cerita pasak Kredibiliti dan Integriti, dia patut kaji diri dia sendiri dulu. Dari mana dia dapat kemewahan yang dia ada pada hari ini? Takkan duit tu semua main turun dari langit kot!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Kesilapan TH adalah kerana membeli aset dari 1MDB kerana 1MDB adalah topik perbincangan utama rakyat Malaysia sekarang ini. Topik yang telah dan sedang dipolitikkan. Biarlah 1MDB nak buat apa pun dengan duit itu janji TH telah mempunyai aset yang bernilai tinggi. Sejarah telah membuktikan aset hartanah tidak akan susut nilai. TH patut dibenarkan menyimpan aset tersebut untuk beberapa tahun lagi atau membangunkan tanah tersebut dimana nilai pasaran akan bertambah tinggi dan akan mendatangkan pulangan kepada penyimpan.

    Pembangkang meroyan kerana tahu pada masa hadapan rakyat akan mengutuk mereka. Jika dijual sekarang keuntungan TH hanyalah 5juta sedangkan apabila kawasan tersebut telah dibangunkan nilai aset tersebut akan berlipat kali ganda nilainya. Pada masa ini barulah masyarakat akan membuka mata dan TH akan tetap dipersalahkan kerana menjual terlalu awal....

    BalasPadam
  2. Kerajaan harus berhati-hati dengan setiap isu sebab rejim pembangkang setiap saat sentiasa mengintai isu-isu yang melibatkan rakyat supaya mereka senang menjaja fitnah dan pembohongan lebih-lebih lagi menjelang prk atau pru nanti..

    BalasPadam
  3. Keuntungan itu lah boleh menampung subsidi utk umat islam menunaikan haji dan merupakan aset tabung hj..iaitu hak umat islam bumiputra..tp syg fitnah telah menghancurkan semua..nilai hartanah TRX sgt tggi..jika bangsa asing menjadi pemilik jgn salahkan kerajaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. K'rajaan mesti tegas menangi isu ini, jgn satu inci tanah milik kita terlepaskpd bangsa lain.Kita buat silap dihari ni anak cucu kitakelak menjadi mangsa dan menjadi hamba diatasbumi sendiri.

      Padam
  4. Berhati2 lah kaum dengan qaum al-fittan.

    BalasPadam
  5. Batalkan niat nk jual....TRX aset berharga bagi pendeposit TH tolong jangan jual

    BalasPadam
  6. TH jgn layan puaka2 bertopengkan Islam ni...Allah akan restui & rahmati jika kita di pihak yg benar....

    BalasPadam
  7. Tabung haji kena ambil tindakan mahkamah supaya rakyat faham dengan operasi Tabung haji maklumlah ramai penyimpan tak tahu ekonomi, perniagaan, capital, investment, rate of return, payback dan membersihkan nama baik tabung haji yang telah terjejas diseluruh dunia. Masih ramai puak pembangkang tak percaya dan mengatakan TH cuba tolong 1MDB yang tersepit dengan hutang. Kalu TH tak ambil tindakan mahkamah maka banyak lagi serangan keatas institusi lain dan TH. kalau tak mahu ambil tindakan pengerusi letak jawatan lebih baik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping