Ahad, Mei 17, 2015

Alamak ai!!! Makin hari makin kronik penyakit kepimpinan yang melanda puak - puak Parti Angguk Saja tu. Semakin bercelaru dah jadinya hanya kerana masing - masing dok sibuk kejar jawatan.

Nak pulak apabila pertembungan diantara puak - puak Liberalis dan mereka yang menyokong kepimpinan Ulama didalam PAS tu semakin lantang bersuara mengkritik sesama sendiri.

Jika sebelum ini, golongan yang menyokong kepimpinan Ulama itu disebut sebagai golongan UG atau United Government yang merujuk kepada Kerajaan Perpaduan diantara UMNO dan PAS.

Tapi kali ini, definasi kumpulan UG tu sudah ditukar. Mereka mentafsirkan kumpulan UG didalam PAS tu sebagai kumpulan UMNO Gila. Tak pasal - pasal je UMNO jugak yang jadi mangsa mereka.

Bagi sesetengah pihak dikalangan jemaah PAS tu hari ini, mereka menganggap kumpulan UG atau Pro Ulama tu sekarang ni menjadikan Calon Presiden yang menentang Hadi Awang sebagai sasaran.

Mereka kata, selepas puas menyerang Si Apek Kit Siang tu sebelum ini, maka tiba giliran pencabar Si Hadi Awang tu pulak menjadi mangsa kritikan serta serangan dari kalangan UG ni.

Antara lain, mereka menuduh puak - puak UG tu membuat serangan dengan melabelkan pencabar Si Hadi Awang tu dengan pelbagai nama, termasuk la digelarkan sebagai "Syaitan Syiah".

Itulah yang berlaku didalam PAS hari ini. Hanya kerana masing - masing nak berebut kuasa sampai tahap sanggup melabelkan pemimpin sendiri sedemikian rupa. Tu belum orang luar lagi.

Secara tak lansung, tindakan sedemikian membuktikan kepada kita bahawa dikalangan kepimpinan PAS tu memang wujud kumpulan - kumpulan tertentu yang memiliki ideologi berbeza.

Tapi yang kita herannya, kenapa pulak ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri cuba nak menafikan dakwaan tersebut? Kenapa pulak diorang nak menidakkan Kebenaran yang sedia ada?

Bila kita kata kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS tu sebagai satu tindakan MUNAFIK, tau pulak dia marah. Tapi apa yang pasti, mereka tetap tidak mampu untuk menafikan Kebenaran!!! Jadi, tak payah la diorang cuba nak sembunyikan pekung yang dah terdedah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Awas UMNO dan BN, itu semua wayang PR. Jangan mudah terpedaya, buka minda.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping