Terbaik!!! Nampak gayanya sesetengah pihak dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja sudah mula berani untuk menunjukkan belang mereka secara terang - terangan dan tidak lagi berselindung.
Kali ini, mereka tampil dengan berani secara terbuka menyatakan bantahan mereka terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud yang dicadangkan oleh Rejim PAS Kelantan sebelum ini.
Walaupun ianya tidak dinyatakan dalam bentuk lisan, tetapi tindakan dan perbuatan yang dilakukan menyokong keputusan untuk menolak perlaksanaan Hukum Hudud tu secara terang - terangan.
Perkara itu boleh dilihat dengan jelas apabila PAS Kota Bharu dengan segala hormatnya menjemput Si Apek Kit Siang tu untuk memberikan ucapan dan seterusnya memperlekehkan perlaksanaan Hukum Hudud tu.
Tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan PAS Kota Bharu yang turut didakwa merupakan penyokong tegar kepada Si Husam Musa tu telah mendapat kecaman dari kalangan ahli PAS sendiri.
Dan yang paling lantang mengkritik tindakan PAS Kota Bharu tu ialah anak kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebooknya.
“Mereka kata, sejak PAS kehilangan Tuan Guru Nik Aziz rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.
“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Lim Kit Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.
“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,” katanya.
Selain Nik Abduh, ahli - ahli PAS diperingkat bawahan juga turut menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan sumbang dan songsang yang sanggup dilakukan oleh PAS Kota Bharu itu.
Mereka anggap, tindakan tersebut bukan sahaja sebagai satu tindakan yang memalukan, malah ianya juga turut dianggap sebagai satu tindakan penghinaan terhadap perjuangan PAS selama hari ini.
“Kali pertama sejarah Kelantan, pimpinan PAS; Mat Sabu dan Husam Musa bersekongkol dengan Lim Kit Siang, Lim Kit Siang dijemput untuk menghentam hudud! Anjuran PAS Kota Bharu. Kegilaan PASMA yang mengkhianati Islam!!
“Benarlah kata YB Nik Abduh bahawa ada puak yang sebenarnya menunggu saat ketiadaan TGNA adalah pihak dari dalam PAS yang menjadi musuh kepada Hudud dan Kerajaan Islam Kelantan itu sendiri,” kata Wan Jtk.
“Lim Kit Siang dibawa ke Kota Perdana Kota Bharu dan berucap menentang hudud secara terbuka. Aku yakin kalau Tok Guru Nik Aziz masih hidup, mereka tidak berani nak bawa orang yang menentag hudud secara terbuka kepada rakyat Kelantan.
“Lebih sedih, Ketua Muslimat PAS hadir sama. Wan Rahim tu aku tak kisah sebab dia PASMA. Apakah Ustazah Zailah pun join PASMA atau bersubahat dengan PASMA ?,” soal Mohd Askari Jalaludin.
Nah! Sekarang sudah terserlah wajah sebenar puak - puak PAS yang selama ini bukannya berjuang demi untuk menegakkan Islam. Sebaliknya mereka berjuang hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!! Maka sebab itu mereka sanggup cium tapak kaki Si Apek Kit Siang tu!!!
Berhati hati wahai seluruh penyokong UMNO dan BN dengan tipudaya PR mewujudkan persepsi seolah olah pakatan akan retak, sedangkan inilah cara mereka mencipta tipu daya serta helah dengan berlakun dan menari dipentas politik kotor untuk melalai dan syok sendiri di pihak BN dan UMNO. Berwaspadalah.
BalasPadam